Assalammualaikum.....salam perkenalan, salam persaudaraan, salam ukhwah islamiah.

Saturday, January 21, 2012

Sampai Berhabuk??



Petang itu, hatiku terlintas untuk menziarahi rumah sahabat yang tidak jauh daripada rumahku. Pada asalnya niat hati hanya mahu menjengah sebentar, tetapi kerana terleka dek beberapa perbincangan isu-isu yang tidak perlu dinyatakan disini, membuatkan diriku ini terkandas agak lama disana. Dalam dok membincangkan isu-isu tersebut tetiba bijik mataku tertumpu pada satu sudut dalam bilik salah seorang sahabat..

Di satu sudut itu, terdapat sebuah meja study dimana diatasnya terdapat dua buah Al-Quran nur-Karim. ‘Alhamdullilah’ getus hati, kerana sahabat masih dan sempat membaca Kitab suci itu. Lalu kudekati sudut itu, alangkah sayu hati ini apabila melihat Kitab suci itu BERHABUK DENGAN TEBAL SEKALI. “ Argh sudah berapa lama Kitab ini tidak disentuh lantas dibaca?” bisik hatiku. Bukankah membacanya mendatangkan pahala, membacanya mendatangkan pengajaran, membacanya mendatangkan ilmu pengetahuan. BANYAK MANFAAT MEMBACANYA



gambar hiasan



Melihatkan sahabat itu sangat aktif BERSOSIAL samaada di faceBOOK mahupun Twitter dan blog, tetapi tidak meluangkan masa kurniaan-Nya unutk membelek dan membaca KITAB yang mampu memberi peringatan kepada kita?? Namun aku mengamalkan  KHUSNUL  ZANI (bersangka baik) mungkin sahabat ini membaca Al-Quran digital agaknya. Sekarangkan Al-Quran boleh di dapati dalam pelbagai fomat, PDF ar, Digital dan sebagainya.

Tapi hati masih sayu, melihatkan keadaan Kitab suci itu begitu keadaanya. Sedih, sedih dan amat sedih


*PESANAN*
Cuba kita tengok, Al-Quran yang kita miliki adakah berhabuk?? Jika tidak Alhamdulliah, kalau sebaliknya faham-fahamkanlah, semoga kita sama memperoleh keberkatan daripadanya…..8)