Assalammualaikum.....salam perkenalan, salam persaudaraan, salam ukhwah islamiah.

Tuesday, February 21, 2012

Manusia dan Air….



Assalammualikum dan salam kesejahteraan semua….

Kali ini ambe nak ngoyak pasal air dan manusia, apakah kaitan manusia dan air??

Memang ar air salah satu elemen yang wujud dalam badan kita, ok itu dari segi sainsnya. Nie huraian tentang manusia dan air dari perspektif aku je..

Ok dulu-dulu masa kita blajo kt sekolah, air nie boleh berubah daripada cecair kepada pepejal, daripada cecair kepada wap, daripada pepejal kepada wap dan sebaliknya. Semua ini akan myebabkan perubahan zahrah-zahrah dalam air akan berubah pergerakanya.

ni molekul air secara sains ar...


Hidup manusia nie pon macam molekul-molekul air jugak. Ok mari kita merungkaikan perkaitan itu. Ok semasa kita masak air, ada air akan berubah dari cecair kepada wap (sebahagian kecil sahaja). Dalam keadaan cecair, zahrahnya bergerak tetapi tidak terlalu pantas. Tetapi apabila hendak berubah daripada cecair kepada wap, molekul-molekul akan bergerak lebih pantas.

Hal ini sama dengan manusia, semasa kanak-kanak, jiwa mereka tenag sahaja, cool ja. Tapi bila meningkat remaja, jiwanya bergelocak, bergelora, goncangan nafsu meningkat dan sebaainya. Nampak itu hendak dicuba, hendak ditry smua menda nak buat, kalau yang baik tak pa ar, tapi kalau yang sebaliknya macamnana?? Kalau bende tu melanggar hukum dunia boleh disaman, tapi kalau melanggar HUKUM SYARIAT apa HUKUMANYA?? Tepuk dada Tanya iman…

Bila zaman remaja berjaya diharungi dengan gemilangnya tanpa melakukan sesuatu yang membahayakan diri unutk akhirat, Insya-Allah pembalasan yang baik menanti kita. Namum bagaimana hendak mendidik jiwa remaja menjadi REMAJA yang unggul?? Adakah dengan melayani FACEbook setiap masa?? Adakah dengan berTWITTER 24 jam??  Adakah hanya menjadi ulat buku sahaja?? 

Saturday, February 4, 2012

sayang sekali...


Assalamualikum dan salam persaudaraan…


Ucapan selawat dan salam buat nabi junjungan besar kita, mudah-mudahan kita bisa memperoleh syafaatnya kelak.  Saban tahun setiap kali 12 Rabiul Awal tahun hijri, pelbagai majlis dianjurkan bagi memperingati keputraan penghulu segala nabi iaitu Nabi Muhammad. Perkara ini seakan-akan bermusim bagi umat dewasa ini. Alhamdulillah, kerana sekurang-kurangnya umat pasca akhir zaman masih memperingatinya daripada langsung tidak.


Namun begitu,adakah sambutan Maulid (kebanyakan pihak menamakan begini) hanya sekadar perarakan sambil berselawat keatas junjungan besar sahaja? Adakah hanya sekadar ceramah yang diakhiri dengan jamuan nasi minyak? Adakah dengan membaca berzanji (seperti dikebanyakan negeri di Malaysia seperti Johor), pertandinngan merhaban anjuran pihak tertentu sudah cukup? Apakah semua aktiviti ini memberi kesan mendalam dalam jiwa kita? Tepuk dada Tanya Iman.


sekadar gambar hiasan-perarakan maulidur Rasul adalah antara aktiviti yang wajib bagi masyarakat kini

Menurut sejarah (pelbagai versi yang wujud namun penulis lebih gemar menggunakan sumber ini) sambutan ini dihidupkan semasa zaman pemerintahan Sultan Salahudin Ayubi yang bisa membebaskan bumi  Jerussalem daripada cengkaman tentera Salib pada tanggal 27 Rejab 583 hijri. Beliau merasakan bahawa kecintaan umat terhadap  baginda semakin pudar pada waktu itu, lalu sambutan ini dianjurkan. Waimah, Baitul Maqdis bebas daripada cengkaman tentera salib yang ganas dan kejam!!!


Tetapi alangkah sedih apabila kini, sambutan itu dilihat sebagai satu upacara yang hanya mengingati keputraan Baginda sahaja. Pihak PEMERINTAH NEGARA mahupun AJK masjid dan JKKK tidak berjaya melakukan seperti apa yang dilakukan oleh Sultan Salahudin Ayubi. Mereka lebih sibuk memikirkan siapakah penceramah undangan yang akan di jemput, berapakah bayaran yang akan diberikan kepada penceramah, jamuan apakah yang akan dihidangkan kepada tetamu, bagaimana dana untuk Maulid dicari. Perkara-perkara remeh ini lebih dititikberatkan daripada perkara dasar yang lebih piskal. Mereka tidak memikirkan bagaimanakah cara untuk mendidik umah agar MENCINTAI dan MENGGAMALKAN SUNAH-SUNAH RASULLULAH.


Mari sama-sama kita membuka mata hati, adakah sudah cukup kuat kecintaan kita terhadap Baginda Rasullulah? Adakah sunah-sunah Baginda Rasullulah telah kita amalkan? Adakah kita melaksanakan saranan yang disuruh Baginda Rasullulah? Adakah kita telah meninggalkan tegahan-tegahan daripada Baginda Rasullulah? Bagaimana?? Adakah semua perkara ini beres?? Sekali lagi, tepuk dada Tanya Iman.


PERINGATAN
Selagi nyawa dibadan, marilah sama-sama kita memperbanyakan selawat dan salam buat junjungan besar kita dan BERUSAHA MENGAMALKAN DAN MENGHIDUPKAN SUNAH-SUNAHNYA. Semoga ALLAH memberi kekuatan kepada kita semua aSsalAMualikUm,,,,,,=) 

Thursday, February 2, 2012

Apa status awak??




Dalam satu program yang dianjurkan Jabatan Perdana Menteri yang mahu meraih sokongan daripada golongan muda, biasalah dalam program-program macam nie, ice breaking adalah slot yang sangat-sangat wajib ada. Biasalah, bila duduk dalam kumpulan kecil, akan buat bulatan, fasilitator akan duduk diantara lelaki dan perempuan.


“ok sekarang kita buat sesi suai kenal, siapa mahu mulakan dulu?” Tanya fasilitator
“saya kata salah seorang peserta sambil mengangkat tanganya”


“baiklah beritahu nama, asal mana, dan apa yang berkaitan dengan diri kamu” ujar fasilitator
“saya Jamal bin jamil, asal daripada Sungai Petani, anak sulung daripada 3 orang adik beradik, bapa saya seorang guru, manakala emak saya surirumah sepenuh masa” ujar peserta pertama itu


“hah ada siapa-siapa nak Tanya jamal pasal diri dia??” sambung fasilitator itu
Seorang wanita mengangkat tangan lalu bertanya “status??”
“hurm, sebenarnya hah.., saya dah berpunya, saya dah bercouple hampir 3 tahun dengan girlfriend saya, kami bahagia” balas jamal dengan wajah yang berseri-seri


“hah kamu semua dah melepas, sekarang giliran siapa pulak??” tambah fasilitator itu
Sesi perkenalan semakin rancak dengan senda gurau daripada para peserta ditambah dengan fasilitator yang bijak menguruskan sesi itu. Kini tiba giliran seorang gadis yang agak ayu memperkenalkan dirinya.


“nama diberi Firdatul Akmal, Asal daripada Kelantan, anak tunggal dalam keluarga, abah saya seorang pesawah, ibu saya membantu ayah sawah”
“status awak?? ” soalan yang terpacul daripada seorang lelaki yang duduk berhadapanya.


“saya seorang pelajar” bijak balasnya
“ maksud saya in term relationship ” tambah lelaki tadi


“saya berpegang pada kata-kata ini no couple before marriage ” balas gadis itu dengan nada yang lembut tapi tegas
“hurm, kenapa kamu tidak mahu bercouple” soalan yang dilontarkan oleh fasilitator itu


“couple itu haram, mendekatkan diri kekancah maksiat dan banyak lagi keburukanya, kalau bercouple tak boleh bersentuh-sentuh, tak boleh berpeluk-peluk dan tidak boleh bermanja-manja, tetapi kawin pula sebaliknya banyak hikmahnya, semua itu pahala. Couple itu adalah cinta yang palsu, berapa ramai yang tewas kerananya, berapa ramai yang frust kerananya, berapa ramai yang lalai kerananya, berapa ramai leka tuntutan Allah terhadapnya kerana bercouple??, jawapanya ramai bukan??, jika couple itu cinta suci dancinta  agung kenapa ada perpisahan bagi mereka yang bercoulpe, kenapa ada berlakunya penzinaan, kemaksiatan, kenapa berlakunya kemungkaran, kenapa berlakunya perlanggaran Hukum Syarak?? Kenapa-kenapa?? , kerana mostly  couple ini berlandaskan nafsu semata-mata tidak difikir akan apa yang akan terjadi kelak”

pandai-pandai ar menilai ya...


Para peserta lain yang pada awalnya bangga menyatakan bahawa mereka sudah bercouple menundukan muka mereka menandakan malu.

Tak payah bersentuh tangan, kerana mereka sudah bersentuh hati. Tak payah berbalas SMS kerana mereka sudah berbalas-balas Doa,. Tak payah dating-dating kerana mereka takut puhak ketiga….

*PESANAN*
Apa status awak??


Sesungguhnya nafsu itu sentiasa mengajak kepada kejahatan
(Yusuf 12: 53)

Saturday, January 21, 2012

Sampai Berhabuk??



Petang itu, hatiku terlintas untuk menziarahi rumah sahabat yang tidak jauh daripada rumahku. Pada asalnya niat hati hanya mahu menjengah sebentar, tetapi kerana terleka dek beberapa perbincangan isu-isu yang tidak perlu dinyatakan disini, membuatkan diriku ini terkandas agak lama disana. Dalam dok membincangkan isu-isu tersebut tetiba bijik mataku tertumpu pada satu sudut dalam bilik salah seorang sahabat..

Di satu sudut itu, terdapat sebuah meja study dimana diatasnya terdapat dua buah Al-Quran nur-Karim. ‘Alhamdullilah’ getus hati, kerana sahabat masih dan sempat membaca Kitab suci itu. Lalu kudekati sudut itu, alangkah sayu hati ini apabila melihat Kitab suci itu BERHABUK DENGAN TEBAL SEKALI. “ Argh sudah berapa lama Kitab ini tidak disentuh lantas dibaca?” bisik hatiku. Bukankah membacanya mendatangkan pahala, membacanya mendatangkan pengajaran, membacanya mendatangkan ilmu pengetahuan. BANYAK MANFAAT MEMBACANYA



gambar hiasan



Melihatkan sahabat itu sangat aktif BERSOSIAL samaada di faceBOOK mahupun Twitter dan blog, tetapi tidak meluangkan masa kurniaan-Nya unutk membelek dan membaca KITAB yang mampu memberi peringatan kepada kita?? Namun aku mengamalkan  KHUSNUL  ZANI (bersangka baik) mungkin sahabat ini membaca Al-Quran digital agaknya. Sekarangkan Al-Quran boleh di dapati dalam pelbagai fomat, PDF ar, Digital dan sebagainya.

Tapi hati masih sayu, melihatkan keadaan Kitab suci itu begitu keadaanya. Sedih, sedih dan amat sedih


*PESANAN*
Cuba kita tengok, Al-Quran yang kita miliki adakah berhabuk?? Jika tidak Alhamdulliah, kalau sebaliknya faham-fahamkanlah, semoga kita sama memperoleh keberkatan daripadanya…..8) 

Thursday, December 22, 2011

Generasi Y



“ wei man ko tak tido ag ke?” tanya halim kepada azman yang masih menghadap note book 1 Malaysia yang diperolehinya semasa di sekolah menegah setelah terjaga dari tidurnya.

“alah baru pkol 2.30 pagi, awal lagi,hari masih muda lim” balas azman kepada halim dengan nada yang bercanda

.
“hurm yala masih awal, besuk syahid subuh, aku kejut bukan nak bangun” ujar halim dengan nada memperli sahabat sebiliknya untuk semesta ini di salah satu Universiti awam di tengah-tengah metropolitan Kuala Lumpur.

“alah ko nie macam arwah bapak aku ja,” balas azman yang kehilangan bapa pada usia 16 tahun akibat kecelakaan jalan raya.


“man selagi aku menjadi sahabat ko, aku akan mengigatkan selagi aku ingat, aku tak nak nanti kat akhirat ko salahkan aku sebab tak suruh kau solat, lagipun ingat-mengigatkan adalah tanggungjawab sesama muslim” balas halim dengan nada yang lemah lembut.

“Alah kau tu cakap ja macam alim sangat, wei aku dulu sekolah agama ar” jawpan yang terpacul dari mulut azman seakan-akan mempertikaikan nasihat rakanya.


“man ko sekolah agama ka, convent ka, methodis ka, kalau ko x amalkan apa yang ko blaja tak guna man” balas halim dengan nada yang tegas.

“argh! nie antara aku dengan Allah, ini hak masing-masing” jerkah azman yang kemarahan.


“man, terpulang ar man, aku dah laksanakan tanggungjawab aku sebagai rakan, aku bangun nie nak buang air bukan nak bertikam lidah dengan ko” ujar halim untuk mengendurkan kembali keadan yang tegang seketika.
Halim seorang pelajar tahun akhir, Fakulti Kejuruteraan adalahseorang yang berilmu agama walaupun tidak bersekolah agama. Beliau sering mendengar kuliah-kuliah yang ada di dalam kampus mahupun luar kampus untuk meningkatkan ilmu agamanya.


pesanan 
tidur diawal waktu untuk memudahkan bangkit diawal pagi untuk solat subuh 










  

Wednesday, December 14, 2011

Kali ke-2



Alhamdullilah dengan izin Allah, ditengah-tengah kesibukan sebagai pelajar tahun akhir aku telah berkesempatan bertamukan diri untuk mendegar kuliah daripada seorang pendakwah bebas yang tersohor dekat Terengganu siapa lagi kalau bukan ustaz azhar Idrus. Ini adalah kali ke-2 aku dpt bertemu denganya, tapi kali nie lagi best, sebab dapat salam dan cium tangan ustaz Azhar Idrus.



nie program pertama aku n da geng bersua muaka dengannya,,,



Kuliah-kuliah die memang sempoi, ilmunya memang mantop, lawak yang bersahaja membuatkan para pendengar tidak kering gusi. Ada saja jenaka yang terpacul daripada mulutnya. Jenaka yang bersulamkan ilmu-ilmu menjadikan dewan surau yang kecil dipenuhi sang hamba yang dahagakan ilmu agama. Menjadi satu fenomena biasa apabila adanya kuliah dan ceramahnya, jalan-jajan sekitar menjadi sesak dek mereka yang dambakan ilmu agama.


Memang hebat ar ustaz nie, melihat akan pendengar yang datang dari budak yang masih mendapatkan susu ibu (ikut mak bapak depa)sehingga atuk dan nenek yang bersemangat mendengar kuliahnya. Memandangkan kawasan kuliah yang kecil, para muslimah yang hadir bersama suami, mereka hanya mendegar dari dalam kereta sahaja.


 Bila dah abeh bagi kuliah, biasanya ada sesi soal jawab, macam-macam soalan yang terbit, tidak terkecuali yang berbentuk ilmiah, pengalaman dan soalan  lawak yang tidak tersengaja daripada kalangan pendengar. Standard ar bila ad kuliah, solat isyak dilambatkan sedikit. Dan ustaz sendiri telah mengimamkan solat tersebut.


Nak dijadikan cerita, dalam dok dalam lautan manusia ada jugok budak kehilanag bapa. Tetiba aja ada pengumuman, “perhatian kepada bapa ahmad muslim, anak anda berada dihadapan mesjid” memandangkan aku ad kat situ, aku tengok budok tu sedih giler, siap menangis kot, pergh touching aku. Then masa nak balik aku Nampak budak 2 dengan bapak die, bengke’k giler muka bapak die hahaha… adoi mcm2 ragam boleh tengok……..

Sep2 maidam 17 Dec apamacm??

Wednesday, December 7, 2011

Saman!!!



“Wei Burn, malam nie apa program, jom g disko release tension”  ajak zubir kepada rakan sekerjanya. Burn hanya mnecemuih bibirnya tanda tidak mahu mengikut rakanya.

“Burn kat sana, macam-macam ada, perempuan ko nak macam mana, mcm Salena Gomez, Pamela Anderson semua ada beb” pujuknya kepada Burn

“Alah, ko nie tak ada tempat lain ka nak pegi” balas Burn

“common ar wie, masa muda nie ar ita explore semua, dah tua taubat ar ” pujuk zubir.



sekadar gambar hiasan


 Burn hanya mampu tersenyum sinis terhadap pelawaan zubir. Burn yang sedang memandu kereta zubir menuju destinasi untuk memenuhi perut mereka ketiga rehat tengah hari member signal kekanan unutk membuat U-turn pada kawasan yang dilarang

“woi!! ko gila apa wat U-turn kat sini” jerit zubir kepada Burn. Burn hanya memberi senyuman sinis kepada rakanya.

“alah rilek ar, bukan ada polis pon” balas Burn dengan nada bersahaja.

“rilek kau kata, kalau kene saman, melayang duit tau,adoi ko nie” balas zubir dengan nada marah. Sekali lagi Burn tersenyum. Kemudian mereka melintasi bangunan kerajaan tiba-tiba lampu trafik bertukar kepada warna merah. Burn memberhentikan kereta pada garisan kotak berwarna kunig yang sedia maklum kenderaan tidak boleh berhenti disitu.

“wei Burn kenapa gn ko nie, ko nak kene saman ka?”. “Rilek ar sekejap je pon, tak kene papepon” ujar burn.

“hei ko nie macam mana boleh dapat lesen kereta macam nie, k ko gne lessen terbang?”.kata zubir kepada Burn. Burn hanya mampu tersenyum.

Kemudian mereka melalui sekolah yang terdapat lampu trafik untuk pejalan kaki yang berwarna merah, burn sekali lagi membuat kesalahan dengan tidak memberhentikan kereta kerana tiada pejalan kaki.

“wei burn berhetikan kereta biar aku bawak!!” kata Zubir dengan nada yang marah. “ko nie nak kene saman ka!!” tambahnya lagi,

“oh saman!! Yang ko g disko minum air kencing setan ko tak taku kene SAMAN DENGAN ALLAH??, yang ko terkinja-kinja menari dengan perempuan  KO TAK TAKUT KENE SAMAN DENGAN PEMILIK NIKMAT!! Hah tak TAKUT KENE SAMAN!! 

Zubir terdiam tatkala kata-kata itu muncul dari mulut sahabat yang rapat denganya……..

apasal diam, ko boleh BAYAR SAMAN ALLAH?? 
kalau x bayar saman taukan kemana tempat kembali???