Assalammualaikum.....salam perkenalan, salam persaudaraan, salam ukhwah islamiah.

Monday, October 10, 2011

tak sempurna anggota tapi sempurna hati

assalammualikum dan salam sejahtera,,,

alhamdulillah ada juga masa yang terluang untuk mencoret sebuah lagi entry yang harap-harap memberi pengesian kepada sidang pembaca,,,

hari itu, u tempat lamka berlajar ad menganjurkan pesta konvokesyen kali k-9, secara tidak langsung, lamka terlibat dalam acara ini, aku tak terlibat ar dengan acara-acara yang mengarut yang sememangnya ada pada setiap majlis konvokesyen. alhamdulillah aku telah di pertanggungjawabkan untuk menjadi urus setia pada malam rintisan Gaza...

walaupun majlis itu pada malam hari, dua hari sebelum event 2 start kita orang berkeja keras untuk menyediakan keperluan yang perlu. dalam ko orang shoping2 ada kowrang ternampak bendera Palastine?? x ad kan kan , so aku n da geng dok p buat bendera palastine sebagai prop hahaha,, lepas 2 siap sediakan lilitan dahi untuk mereka yang nak ar,,,


masalah palastine adalah masalah seluruh umat islam, bukan warga palastine sahaja!!!


argh aku malas nak cerita panjang2 di pendekan cerita aku kene menjalankan tabung gaza pada pesta konvo. awal2 maleh giler, tapi x pa ar mungkin ini yang aku mampu membantu saudara aku yang memerlukan bantuan aku di sana aku gagahkan jua diri. nak angkat AK47 tak tau bila, so ini sumbangan awal aku..



bila nak jadi pejuang islam??

bukan senang nak meminta derma daripada orang awam, bayangkan dok orang melangau2 kt tapak pesta konvo tengok benda2 yg lagha ad orang mintak derma untuk Gaza plak 2??? hurm macam2 ragam manusia aku jmpe time mintak derma, ada yang mengelak ar, ad yang mampu shoping sakan bila ulur tabung, syling aja di bagi, x pa setiap amalan ad bahagianya..

dalam dok jalan2 mencari hamba yang sedia membantu saudaranya, aku telah tersentuh apabila tiba2 ada seorang akak nie mengejar tabung aku then memasukan beberapa knot RM 1 kedalam tabung, apa yang menariknya ialah aku tengok kakak 2 tak sempurna anggotanya tangan dia macam kurang jari, aku tersentuh dan terkejut, time 2 aku rasa sayu tak tau kenapa??

ok bayangkan akak yang tidak sempurna anggotanya mempunyai hati yang sempurna, aku x cakap apa-apa kat akak 2 die nampak tabung Palastin die siap kejar nak compare yang sempurna nampak tabung Palastine lari, buat-buat x nampak, kene perli baru nak uluq, x ad duit kecik ar macam2 ag. serius aku nak menagis time 2, aku doakan agar akak 2 berbahagia di dunia dan di akhirat aminnnnn

ok ar setakat nie aja ar aku nak share
 
pS/ kali nie pada pesta konvo aku x melabur sesen pon hahaha, dahsyat x aku hehehe
assalammualikum,,,,

Thursday, October 6, 2011

adakah aku bersalah????

tema : adakah aku bersalah??
persoalan : dimanakah keadilan sebagai seorang mahasiswa
latar masa : selepas menunaikan solat zuhur dan lunch
latar tempat : komplek kuliah

sinopsis

lamka (bukan nama sebenar) menghadiri kelas yang di lecturerkan oleh seorang gadis yang berbaju kebaya yang berwarna hijau kehijauan taih lembu dan bertudung ala-ala anak gadis zaman sekarang (bkan yang lilit2 tau). berbekalkan semangat jitu anak muda mencari ilmu di negeri orang, lamka bersungguh2 mendengar setiap bait2 yang keluar dari mulut lecturer yang memengang mikrofon ala-ala penyanyi ghazal mengalunkan lagu sri meresing.

tiba-tiba!! lamka menerima selembar kertas bersaiz A4 yang menghendakinya menulis akan namanya sebagai bukti kehadiranya pada kelas itu. tanpa berfikir panjang, beliau mencapai pen MGM berwarna biru, pena berdiamiter 0.07 yang di belinya di pasaraya MyDin Mall yang berharga ringgit malaysia 2.40 untuk lapan batang lalu menulis namanya dengan menggunakan tulisan jawi. tulisan seakan-akan khat nasa' lekat di atas selembar kertas itu lalu di berikanya pula kepada sahabatnya yang berada di sisi kirinya, seraya berkata, "tulis jawi tau" sahabat yang mendengarnya menulis namanya dalam tulisan jawi di ikuti lagi beberapa anak muda yang tampan lagi bergaya,,,

setelah kelas seakan-akan berada di penghujungnya, si pensyarah yang mengendalikan kelas itu bertanya "di mana kedatangan" dengan pantas seorang sahabatnya melemparkan kertas kedatangan ke arah hadapan untuk di berikan kepada pensyarah itu. walaupun jam menunjukan jam 3 ptg, mengikut jadual waktu yang di keluarkan oleh pihak akadimik kelas itu sepatutnya berhenti bila jam 4 ptg,, "di manakah menghilang lagi 1 jam" detus hati lamka

kemudian pensyarah itu memangil beberapa nama sebagai mengecek manalah tau ad penipuan terancang didalam kelasnya, apa bila melihat kertas kedatangan kelas lamka pensyarah itu kaget!! seraya berkata Astagfillulah alazim, mana Lamaka?? soalnya dalam nada yang lunak ala-ala suara najwalatif, lamka mengangkat tanganya dengan berwajah hairan. "main-main ya kamu, mujur saya reti membaca tulisan jawi, saya sekolah agama lah" selain lamka, nama-nama sahabatnya yang bertulis jawi juga di bacakan.

inilah apa yang terjadi, adakah aku bersalah?? 
adakahaku bersalah?????

moral of da story, mari memartabatkan tulisan jawi, jangan sampai kita tidak tahu menulis dan membaca dalam tulisan jawi