tema : adakah aku bersalah??
persoalan : dimanakah keadilan sebagai seorang mahasiswa
latar masa : selepas menunaikan solat zuhur dan lunchlatar tempat : komplek kuliah
sinopsis
lamka (bukan nama sebenar) menghadiri kelas yang di lecturerkan oleh seorang gadis yang berbaju kebaya yang berwarna hijau kehijauan taih lembu dan bertudung ala-ala anak gadis zaman sekarang (bkan yang lilit2 tau). berbekalkan semangat jitu anak muda mencari ilmu di negeri orang, lamka bersungguh2 mendengar setiap bait2 yang keluar dari mulut lecturer yang memengang mikrofon ala-ala penyanyi ghazal mengalunkan lagu sri meresing.
tiba-tiba!! lamka menerima selembar kertas bersaiz A4 yang menghendakinya menulis akan namanya sebagai bukti kehadiranya pada kelas itu. tanpa berfikir panjang, beliau mencapai pen MGM berwarna biru, pena berdiamiter 0.07 yang di belinya di pasaraya MyDin Mall yang berharga ringgit malaysia 2.40 untuk lapan batang lalu menulis namanya dengan menggunakan tulisan jawi. tulisan seakan-akan khat nasa' lekat di atas selembar kertas itu lalu di berikanya pula kepada sahabatnya yang berada di sisi kirinya, seraya berkata, "tulis jawi tau" sahabat yang mendengarnya menulis namanya dalam tulisan jawi di ikuti lagi beberapa anak muda yang tampan lagi bergaya,,,
setelah kelas seakan-akan berada di penghujungnya, si pensyarah yang mengendalikan kelas itu bertanya "di mana kedatangan" dengan pantas seorang sahabatnya melemparkan kertas kedatangan ke arah hadapan untuk di berikan kepada pensyarah itu. walaupun jam menunjukan jam 3 ptg, mengikut jadual waktu yang di keluarkan oleh pihak akadimik kelas itu sepatutnya berhenti bila jam 4 ptg,, "di manakah menghilang lagi 1 jam" detus hati lamka
kemudian pensyarah itu memangil beberapa nama sebagai mengecek manalah tau ad penipuan terancang didalam kelasnya, apa bila melihat kertas kedatangan kelas lamka pensyarah itu kaget!! seraya berkata Astagfillulah alazim, mana Lamaka?? soalnya dalam nada yang lunak ala-ala suara najwalatif, lamka mengangkat tanganya dengan berwajah hairan. "main-main ya kamu, mujur saya reti membaca tulisan jawi, saya sekolah agama lah" selain lamka, nama-nama sahabatnya yang bertulis jawi juga di bacakan.
inilah apa yang terjadi, adakah aku bersalah??
adakahaku bersalah?????
moral of da story, mari memartabatkan tulisan jawi, jangan sampai kita tidak tahu menulis dan membaca dalam tulisan jawi
latar masa tak berpatutan kot.... hak3x
ReplyDeletehidupkan tulisan jawi...
ReplyDelete