Assalammualaikum.....salam perkenalan, salam persaudaraan, salam ukhwah islamiah.

Thursday, November 24, 2011

Kesalahan pertama



Assalammualaikum dan salam keagendaan


Kali ini terdetik hati untuk menulis sedikit coretan mengenai kesalahan manusia. Pada pengetahunan saudara-saudaraku sidang pembaca sekalian, apakah kesalahan pertama manusia?? Apakah kesalahan pertama yang dilakukan nenekmoyang kita dahulu?? Adakah kalian ingat?? Kali ini saudara lamka ingin mengigatkan semula mengenai kesalahan pertama umat manusia, apakah kesalah yang pertama kali dilakukan nenekmoyang kita?? Jawapanya ialah
 .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
MAKAN!!!!!

Ini dijelaskan didalam Quran:

Oleh itu mereka berdua memakan dari pohon itu…dan dengan itu derhakalah Adam kepada Tuhanya, lalu tersalah jalan”
Surah Taha ayat 121

Jadi sudah tahu apakah kesalah pertama nenekmoyang kita??

Menurut Imam Ghazali dalam kitabnya yang mahsyur Ihya ‘Ulumuddin , nafsu pertama manusia adalah urusan makan dan minum. Kita seringkali menyumbatkan makanan kedalam mulut kita sama ada ketika lapar atau tidak. Ini menyebabkan berlakunya ‘KONFLIK’ didalam organ pencernaan kita. Kita seringkali mengunjugi restoran makanan segera ‘Fast food’ untuk memenuhi rongga perut kita tanpa kita sedari apakah kesanya.


Tambahan pula kita seringkali mencicipi makanan ringan ‘Junk food’ yang sedia maklum tiada kebaikanya dan banyak keburukanya seperti bahan perasa, pewarna, pengawit dan sebagainya. Mengapa kita gemar sangat menyumbatkan ‘MAKANAN SAMPAH’ kedalam mulut kita?? Adakah kita terlupa akan akibatnya??

Mereka yang melupakan sejarah pasti akan mengulanginya lagi’

Adakah kita menjadi golongan yang melupai sejarah?? Atau kita menjadi golongan yang tidak mengetahui sajarah?? Kita berada di golongan mana??

Renung-renungkan…..

Thursday, November 10, 2011

Aidil Adha a.k.a raya haji

alhamdulillah ada juga kesempatan mencoret sedikit coretan dalam laman sesawang nie

memandangkan hari raya aidil adha baru berlalu, kali ini entry ini berkait rapat dengannya. aku rasa ini adalah hari raya haji yang paling best pernah aku rasai. mungkin kerana ada beberapa sebab utama diatas keterujaan aku:

1. pertamanya,tahun lepas aku tidak beraya haji dikampung halaman tapi kat kampung Temir Kuala berang yang terang-terang bukan kampung aku.

2. balik kampung kali ini aku tidak mengeluarkan tambang kecuali 60 sen untuk g k tandas kat hentian bukit besi, semua di tanggung sepupu aku, Alhamdulliah...

3. aku dapat jumpa semua ahli keluarga aku, abg aku yang selalu susah nak cuti dapat cuti,memang seronok kumpul ramai-ramai dengan keluarga

4. tidak pernah-pernah raya haji mahupun raya puasa kat umah aku ad lemang walhal aku yang beli. yang bestnya beli 3 batang percuma 1 terima kasih adik yg jual lemang depan masjid Pekan Nenas

tapi aku rasa paling seronok ialah tahun ni, keluarga aku buat ibadah korban dan aku ada bahagian dalam sekor lembu tu. Lembu tu dah ar bapak aku bela, masa nak bawak balik ke rumah dari tali air aku dan abg aku dah di amanahkan untuk menariknya, memandangkan lembu tu dah jinak dengan kita orang jadi mudah ar keja aku. kusangkakan panas sampai ke petang rupanya RIBUT melanda di tengahari. tetiba aja lembu tu belari berdesup, mangai aku yang sekeping kene tarik mcm nak terbang nasib baik shape aku x earodamic dan tak ad konsep bernouli tak teraplikasi, nasib baik aku ada pengalaman mcm 2, masalah dapat diatasi, Alhamdulillah,,,


hah nie lembu yang keluarga aku korbankan, tu tengah makan hampas kacang soya, nama die Chebol 

selalunya kalau raya haji rutin aku, solat raya, makan-makan kat rumah g surau TENGOK lembu kene sembelih ja, tapi tahun nie aku terlibat secara langsung dalam aktiviti menyembelih lembu cuma tak ada kat Tv aja,, leceh jugak eak nak sembelih lembu, grrr.

macam-macam ragam orang aku tengok time raya korban, ada yang nak ekor, ada yang nak kepala, ada yang nak kakai, ada yang nak kulit, ada yang nak perut dan paling rare nak TESTIS lembu tu waaa, aneh-aneh. nak masak apa ar agaknya kan uish dahsyat-dahsyat,,,

hah sampai kat sini ajalah aku nak share,,
assalammualikum