“ wei man ko tak tido ag ke?” tanya halim kepada azman yang masih menghadap note book 1 Malaysia yang diperolehinya semasa di sekolah menegah setelah terjaga dari tidurnya.
“alah baru pkol 2.30 pagi, awal lagi,hari masih muda lim” balas azman kepada halim dengan nada yang bercanda
.
“hurm yala masih awal, besuk syahid subuh, aku kejut bukan nak bangun” ujar halim dengan nada memperli sahabat sebiliknya untuk semesta ini di salah satu Universiti awam di tengah-tengah metropolitan Kuala Lumpur.
“alah ko nie macam arwah bapak aku ja,” balas azman yang kehilangan bapa pada usia 16 tahun akibat kecelakaan jalan raya.
“man selagi aku menjadi sahabat ko, aku akan mengigatkan selagi aku ingat, aku tak nak nanti kat akhirat ko salahkan aku sebab tak suruh kau solat, lagipun ingat-mengigatkan adalah tanggungjawab sesama muslim” balas halim dengan nada yang lemah lembut.
“Alah kau tu cakap ja macam alim sangat, wei aku dulu sekolah agama ar” jawpan yang terpacul dari mulut azman seakan-akan mempertikaikan nasihat rakanya.
“man ko sekolah agama ka, convent ka, methodis ka, kalau ko x amalkan apa yang ko blaja tak guna man” balas halim dengan nada yang tegas.
“argh! nie antara aku dengan Allah, ini hak masing-masing” jerkah azman yang kemarahan.
“man, terpulang ar man, aku dah laksanakan tanggungjawab aku sebagai rakan, aku bangun nie nak buang air bukan nak bertikam lidah dengan ko” ujar halim untuk mengendurkan kembali keadan yang tegang seketika.
Halim seorang pelajar tahun akhir, Fakulti Kejuruteraan adalahseorang yang berilmu agama walaupun tidak bersekolah agama. Beliau sering mendengar kuliah-kuliah yang ada di dalam kampus mahupun luar kampus untuk meningkatkan ilmu agamanya.