Assalammualaikum.....salam perkenalan, salam persaudaraan, salam ukhwah islamiah.

Friday, December 2, 2011


Gigi dan makanan

Assalammualikum dan salam keagendaan,,,

Menyambung kembali rencana yang ditulis pada entry yang lalu, mengenai makanan. Kini mari kita menyingkap pola pemakanan berlandaskan ISLAM dan sains.

Rasullulah lebih mengemari makanan berasakan tumbuhan, tetapi baginda tetap memakan daging. Diet pemakanan Baginda bukanlah vegetarian. Rasullulah memakan daging dalam sukatan yang tidak banyak. Umar al-Khatab ada mengatakan ‘JANGAN KAMU JADIKAN PERUT KAMU SEBAGAI KUBUR BAGI HAIWAN-HAIWAN TERNAK’

Pola makanan manusia haruslah ideal dengan makanan daripada daging tidak melebihi 10-20%. Bijirin 60% dan 30% sayuran dan buah-buahan. Kenapa ini yang disarankan sepertimana yang disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia?? Mesti ad sebab dan musababnya bukan??


Secara sainsnya manusia akan memiliki gigi sebanyak 32 batang. Daripada jumlah itu hanya empat batang gigi sahaja yang tajam (gigi taring) yang tugasnya menyiat daging. Selebihnya gigih graham sebanyak 20 batang yang sesuai untuk memecahkan bijirin. Manakala lapan gigi untuk menghancurkan sayur-sayuran dan buah. Sekarang sudah mengerti mengenai pola pemakanan dengan gigi. Ini menjadikan manusia lebih cenderung kepada makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan.



Suatu fakta yang menarik, cara meminum juga menunjukan pola pemakanan. Haiwan karnivor yang meminum dengan cara menjilat menggunakan lidah seperti harimau, anjing dan sebagainya. Manakala bagi haiwan herbivor cara minumnya adalah dengan meneguk seperti kambing, lembu dan sebagainya. Bagaimana cara manusia minum?? Adakah dengan menjilat menggunakan lidah??


Masya-Allah kadang-kala kita tidak perasan akan keajaiban dan kekuasan Allah terhadap persekitaran kita. Hanya mereka yang suka berfikir dapat mengetahuinya selain membaca,,,

“ORANG BERIMAN MAKAN DENGAN SATU USUS, SEDANGKAN ORAN KAFIR MEMENUHI TUJUH USUSNYA DENGAN MAKANAN”

No comments:

Post a Comment