Assalammualaikum.....salam perkenalan, salam persaudaraan, salam ukhwah islamiah.

Thursday, February 2, 2012

Apa status awak??




Dalam satu program yang dianjurkan Jabatan Perdana Menteri yang mahu meraih sokongan daripada golongan muda, biasalah dalam program-program macam nie, ice breaking adalah slot yang sangat-sangat wajib ada. Biasalah, bila duduk dalam kumpulan kecil, akan buat bulatan, fasilitator akan duduk diantara lelaki dan perempuan.


“ok sekarang kita buat sesi suai kenal, siapa mahu mulakan dulu?” Tanya fasilitator
“saya kata salah seorang peserta sambil mengangkat tanganya”


“baiklah beritahu nama, asal mana, dan apa yang berkaitan dengan diri kamu” ujar fasilitator
“saya Jamal bin jamil, asal daripada Sungai Petani, anak sulung daripada 3 orang adik beradik, bapa saya seorang guru, manakala emak saya surirumah sepenuh masa” ujar peserta pertama itu


“hah ada siapa-siapa nak Tanya jamal pasal diri dia??” sambung fasilitator itu
Seorang wanita mengangkat tangan lalu bertanya “status??”
“hurm, sebenarnya hah.., saya dah berpunya, saya dah bercouple hampir 3 tahun dengan girlfriend saya, kami bahagia” balas jamal dengan wajah yang berseri-seri


“hah kamu semua dah melepas, sekarang giliran siapa pulak??” tambah fasilitator itu
Sesi perkenalan semakin rancak dengan senda gurau daripada para peserta ditambah dengan fasilitator yang bijak menguruskan sesi itu. Kini tiba giliran seorang gadis yang agak ayu memperkenalkan dirinya.


“nama diberi Firdatul Akmal, Asal daripada Kelantan, anak tunggal dalam keluarga, abah saya seorang pesawah, ibu saya membantu ayah sawah”
“status awak?? ” soalan yang terpacul daripada seorang lelaki yang duduk berhadapanya.


“saya seorang pelajar” bijak balasnya
“ maksud saya in term relationship ” tambah lelaki tadi


“saya berpegang pada kata-kata ini no couple before marriage ” balas gadis itu dengan nada yang lembut tapi tegas
“hurm, kenapa kamu tidak mahu bercouple” soalan yang dilontarkan oleh fasilitator itu


“couple itu haram, mendekatkan diri kekancah maksiat dan banyak lagi keburukanya, kalau bercouple tak boleh bersentuh-sentuh, tak boleh berpeluk-peluk dan tidak boleh bermanja-manja, tetapi kawin pula sebaliknya banyak hikmahnya, semua itu pahala. Couple itu adalah cinta yang palsu, berapa ramai yang tewas kerananya, berapa ramai yang frust kerananya, berapa ramai yang lalai kerananya, berapa ramai leka tuntutan Allah terhadapnya kerana bercouple??, jawapanya ramai bukan??, jika couple itu cinta suci dancinta  agung kenapa ada perpisahan bagi mereka yang bercoulpe, kenapa ada berlakunya penzinaan, kemaksiatan, kenapa berlakunya kemungkaran, kenapa berlakunya perlanggaran Hukum Syarak?? Kenapa-kenapa?? , kerana mostly  couple ini berlandaskan nafsu semata-mata tidak difikir akan apa yang akan terjadi kelak”

pandai-pandai ar menilai ya...


Para peserta lain yang pada awalnya bangga menyatakan bahawa mereka sudah bercouple menundukan muka mereka menandakan malu.

Tak payah bersentuh tangan, kerana mereka sudah bersentuh hati. Tak payah berbalas SMS kerana mereka sudah berbalas-balas Doa,. Tak payah dating-dating kerana mereka takut puhak ketiga….

*PESANAN*
Apa status awak??


Sesungguhnya nafsu itu sentiasa mengajak kepada kejahatan
(Yusuf 12: 53)

2 comments: