Assalamualikum dan salam persaudaraan…
Ucapan selawat dan salam buat nabi junjungan besar kita, mudah-mudahan kita bisa memperoleh syafaatnya kelak. Saban tahun setiap kali 12 Rabiul Awal tahun hijri, pelbagai majlis dianjurkan bagi memperingati keputraan penghulu segala nabi iaitu Nabi Muhammad. Perkara ini seakan-akan bermusim bagi umat dewasa ini. Alhamdulillah, kerana sekurang-kurangnya umat pasca akhir zaman masih memperingatinya daripada langsung tidak.
Namun begitu,adakah sambutan Maulid (kebanyakan pihak menamakan begini) hanya sekadar perarakan sambil berselawat keatas junjungan besar sahaja? Adakah hanya sekadar ceramah yang diakhiri dengan jamuan nasi minyak? Adakah dengan membaca berzanji (seperti dikebanyakan negeri di Malaysia seperti Johor), pertandinngan merhaban anjuran pihak tertentu sudah cukup? Apakah semua aktiviti ini memberi kesan mendalam dalam jiwa kita? Tepuk dada Tanya Iman.
sekadar gambar hiasan-perarakan maulidur Rasul adalah antara aktiviti yang wajib bagi masyarakat kini
Menurut sejarah (pelbagai versi yang wujud namun penulis lebih gemar menggunakan sumber ini) sambutan ini dihidupkan semasa zaman pemerintahan Sultan Salahudin Ayubi yang bisa membebaskan bumi Jerussalem daripada cengkaman tentera Salib pada tanggal 27 Rejab 583 hijri. Beliau merasakan bahawa kecintaan umat terhadap baginda semakin pudar pada waktu itu, lalu sambutan ini dianjurkan. Waimah, Baitul Maqdis bebas daripada cengkaman tentera salib yang ganas dan kejam!!!
Tetapi alangkah sedih apabila kini, sambutan itu dilihat sebagai satu upacara yang hanya mengingati keputraan Baginda sahaja. Pihak PEMERINTAH NEGARA mahupun AJK masjid dan JKKK tidak berjaya melakukan seperti apa yang dilakukan oleh Sultan Salahudin Ayubi. Mereka lebih sibuk memikirkan siapakah penceramah undangan yang akan di jemput, berapakah bayaran yang akan diberikan kepada penceramah, jamuan apakah yang akan dihidangkan kepada tetamu, bagaimana dana untuk Maulid dicari. Perkara-perkara remeh ini lebih dititikberatkan daripada perkara dasar yang lebih piskal. Mereka tidak memikirkan bagaimanakah cara untuk mendidik umah agar MENCINTAI dan MENGGAMALKAN SUNAH-SUNAH RASULLULAH.
Mari sama-sama kita membuka mata hati, adakah sudah cukup kuat kecintaan kita terhadap Baginda Rasullulah? Adakah sunah-sunah Baginda Rasullulah telah kita amalkan? Adakah kita melaksanakan saranan yang disuruh Baginda Rasullulah? Adakah kita telah meninggalkan tegahan-tegahan daripada Baginda Rasullulah? Bagaimana?? Adakah semua perkara ini beres?? Sekali lagi, tepuk dada Tanya Iman.
PERINGATAN
Selagi nyawa dibadan, marilah sama-sama kita memperbanyakan selawat dan salam buat junjungan besar kita dan BERUSAHA MENGAMALKAN DAN MENGHIDUPKAN SUNAH-SUNAHNYA. Semoga ALLAH memberi kekuatan kepada kita semua aSsalAMualikUm,,,,,,=)
No comments:
Post a Comment