Mungkin kamu semua tertanya-tanya, betul ke lupa itu satu nikmat?? Tapi bukankah lupa itu banyak mendatangkan masalah dan keburukan?? Betul, tidak di nafikan bahawa kadang-kala lupa boleh mendatangkan seribu satu masalah kepada kita.
Situasi 1
Sebagai contoh, semasa di dewan kuliah, si Prof. bertanya kepada kita, siap memanggil nama lagi, bertanyakan kepada kita mengenai pembelajaran lepas, kemudian kita tidak Berjaya menjawabnya, argh sudah, padahal soalan itu sangat mudah untuk di jawab. Hah ini musibah bukan nikmat!!
Jangan terburu2 membuat penilaian terhadap apa yang menimpa kita,
Bukankah si Prof itu telah mengingatkan kita bahawa bahagian itu kita tidak menguasainya, secara tidak langsung kita akan memusatkan pembelajaran kita pada bahagian yang kita tidak faham, manalah tau soalan itu akan keluar pada ujian-ujian hatta peperiksaan yang akan mendatang, betul tidak??
Alah itu baru satu contoh bagilah contoh lain, tak kukuh pendapat tu betul ke tidak??
Ok-ok tak puas hati lagi,,
Situasi 2
Apakah perkara yang membuatkan anda sangat-sangat sedih??
“saya punya teman wanita meninggalakan saya kerana mengikut mamat seberang, saya sedih sangat”
Woi makhluk, teman wanita je pon bukan bini kau,hah mane boleh bercouple-couple !!! argh
nie tak di kira sedih bagi aku.
“perkara yang sangat sedih bagi saya ialah apabila tompok kucing saye mati kerana sembelit, sedih sangat sebab die sanagt manja dengan saya”
Alah-alah jangan sedih-sedih ya, Cuma kucing je pon hahaha….
Woi semua benda kau selamba je, hah nie kalau aku cerita kau tak sedih kau memang manusia tak normal!!!
Gurlp apakah cerita itu??
“Ceritanya bermula bergini, ibuku bernama Rosmah binti Nansur. Beliau seorang ibu yang memang baik, mengigatkankan setiap masuk waktu solat agar aku solat berjemaah, mengejutkan aku untuk bertahajud dan lain-lain perkara lagi. Tetiba beliau menunggal dunia di sebabkan barah payu dara. Aku sangat sedih dah hiba, setiap hari aku menagis kerana mengigatinya”
Jap-jap,Tapi sebentar tadi anda boleh bergelak ketawa, adakah anda tidak sedih lagi??
“hurm, herm hidup ini perlu di teruskan”
Benar, sebenarnya anda telah melupainya, kalau anda tidak lupa anda akan menangis sepanjang masa betul tidak?? Betulkan apa yang saya nyatakan ini?? Cuba bayangkan kalau anda tidak lupa akan peristiwa kematian ibu anda, mesti anda sudah mejadi Kasim Selamat!! Setiap masa anda meratapi pemergian ibu anda bukan. Hah dengan terlupalah anda boleh meneruskan hidup secara manusia normal bukan??
“ha’ahlah, lupa itu nikmat, kalau saya tidak lupa semua itu, pasti saya sudah berada di Rumah Sakit Jiwa samada di Tampoi mahupun Tanjung Rambutan. Terima kasih kerana mengigatkan saya kepada Nikmat Lupa ini ”
Hurm, alah kitakan manusia perlu ingat-menginggati bukan bertetapan dengan firman Allah:
“demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran”
surah al-‘Asr:1-3
p/s: adakah benar meminum air yang ada semut, salah satu perkara yang menyebabkan kelupaan??
gpasha ni: betul3..suma perkara pun adalah nikmat. tapi nikmat pn perlu dperlakukan dgn adil.
ReplyDelete