Kadang-kadang manusia ni, tidak perasan apa yang di lakukanya salah. Kalau macam nie tidak mengapalah,
Tetapi kadang kala ada orang perasan apa yang dilakukanya salah tetapi buat-buat betul Hah yang ini tidak boleh di “MENGAPALAH”.Kadang kala apa yang betul itu, kelihatan salah dan song sang. Kadang kala apa yang salah itu kelihatan betul pula,,,
Hurm mengapa hal ini berlaku ya???
Adakah retina mata manusia yang selama ini berfungsi seperti biasa sudah tidak berfungsi lagi?? Adakah retina ini perlu di gantikan dengan Lensa seperti mana yang terdapat pada DSLR, jawapanya tidak sama sekali
Berbalik kepada permasaalahan tadi, kadang-kadang ada segelintir dari kita yang bermati-matian mempertahankan perkara yang sememangnya salah, mereka fikir semua perkara dapat di selesaikan hanya dengan menggunakan kebijaksaan akal fikiran
Tetapi adakah apa yang mereka pertahankan itu adalah benar dan mengikut perintah dan suruhan-Nya? Jika mengikut perintah dan suruhan-Nya Alhamdullillah teruskan usaha anda, tetapi jika perkara yang mereka pertahankan itu mendapat murka-Nya cepat-cepatlah bertaubat selagi matahari terbit dari timur, jika tidak azab akhirat lebih layak bagi mereka. kadang-kala berdebat bagai nak rak, akhirnya menunjukan kejahilan dirisendiri je, hurm kesian
Dewasa ini, kita di perlihatkan dengan pelbagai rencah kehidupan yang sama sekali menyimpang dari mendapat rahmat-Nya, namum begitu, ianya di minati oleh nereka yang mendakwa mereka khalifah di muka bumi dan menjadi hamba kepada-Nya, adakah mereka ini tidak berilmu?? Adakah mereka ini golongan munafik yang berselindung di sebalik agama untuk kepentingan dunia??
Mengapa mereka tidak memikirkan bahawa negeri akhirat itu lebih mulia dan indah untuk di kejar berbanding negeri dunia yang fana serta hanya menanti rebahnya?? Mengapa mereka masih lagi menagih kelazatan dunia yang sememangnya mengiurkan kepada mereka yang tidak mempunyai nafsu serakah yang amat buas. sesungguhnya Allah berfirman:
“Sesungguhnya perumpamaan kehidupan duniawi itu hanya seperti air (hujan)yang kami turunkan dari langit, lalu tumbuhlah tanam-tanaman bumi dengan subur (kerana air itu), di antaranya ada yang di makan manusia dan haiwan ternak. Hingga apabila bumi itu sempurna keindahanya dan berhias, dan pemiliknya mengira bahawa mereka pasti menguasainya (memetik hasilnya), datanglah kepadanya azab kami pada waktu malam dan siang, lalu kami jadikan (tanaman)-nya seperti tanaman yang sudah di sabit, seakan-akan belum pernah tumbuh kemarin. Demikianlah kami menjelaskan tanda-tanda (kekuasaan kami) kepada orang yang berfikir”
Surah Yunus: ayat 24
gPasha: BEST
ReplyDelete