Assalammualaikum,,,,,
pada kali ini saya ingin berkongsi pengalaman menghadiri satu bengkel yang agak membosankan,, pada jangkaan awal, saya menyangkakn bengkel ini menarik dengar sahaja nama bengkel ini, pergh islamik jugak ar,,, tetapi setelah mendengar penerangan dari ketua faci, jiwaku seakan-akan di rentap dek ketertipuanku terhadap tajuk bengkel itu, ingatkan bengkel itu mengupas hal-hal berkaitan agama, blaja pasal bab-bab agama ke, sekali "dalam bengkel ini, kami akan mendiskusikan mengenai, dasar-dasar pendidikan, ekonomi dan politik" ujar ketua faci dalam loghat qlate,,,
dalam dok memberi taklimat 2, ad plak perkara yang menggelikan hati ni, mana tidaknya "pukol berapa masuk subuh kat sini?" soalan ketua Faci 2, dalam masa yang sama dengan selamba biawak die menjawa
sendiri, pukol 530AM k?? dan dengan selamba jugak ada peserta berkata "ai die nie tau sembahyang tak nie" mau x gamat dewan ketawa dengan kata-kata tu,,
biasa ar, bile ad bengkel mesti ad ceramah, yang paling tension, penceramah tu dari KPT (kementerian Pengajian Tinggi), bagi talk macam budak dok amek public speaking haram,, dalam masa yang sama ramai jugak ku tengok peserta yang tumpas dek celakkan Syaitan yang direjam (ku pon sama
gak)
perg boring tahap gaban uncle nie, ngantok nie
tapi ape yang nak saye share gan pembaca ialah mengenai perkara-perkara yang saya dapat dari bengkel ini:
1. umat islam masih jauh ketinggalan dalam bidang ekonomi di Malaysia
kalau kite tengok hari ini, gedung-gedung perniagaan di monopoli kaum mana?? mereka yang memiliki harta yang melimpah ruah di miliki kaum mana?? adakah saya seorang yang racist apabila membicarakan masaalah ini?? tapi ini adalah hakikat yang sebenar.
teringat akan kata-kata ayahku, orang islam kalau dah kaya bukan nak bantu orang lain, berniaga maju siket je terus tukar kereta mewah, buat rumah sebesar-besar alam.
bile time bersedekah, 1 sen kalau ikhlas dapat pahala ibarat 1 pohon yang mengeluarkan 7 dahan setiap dahan itu ada 100 tangkai.
kalau mengaji orang di bayar dengan harga murah, dahlah tak ad EPF, Socso, Perkeso jauh sekali insuran
2. umat islam Malaysia masih ketinggalan dalam bidang pendidikan
pasal nie, sudah terang lagi bersuluh, siapa yang biasa mendapat no. 1 dalam kelas, susah nak dengar Satu bin Dua, Anu binti Itu (kecuali semua dalam kelas set2 kita),
kalau kat IPT siapa yang paling banyak pakai selempang time konvokesyen?? siapa yang selalau menjadi pelajar terbaik?? memang tidak di nafikan ada golongan kita yang memperolehnya, tapi % sangat-sangatlah sedikit. mari ar sama-sama kite ngaji sungguh ea,,
pergh agak-agak boleh tak aku merasa selempang kuning tu eak?? boleh-boleh thinking positive,,,,hehehe
3. politik umat islam semakin hari semakin hari semakin menipis
hah perkara nie susah siket nak oyak, bukan apa tapi entahlah nape macam susah nak ckap, ramai muda-mudi umat islam yang tak ambik port mengenai perkara ini, bagi mereka alah cukup ar mak bapak yang amek tau mende nie,,,kite tengok hari nie politik islam di campak jauh2, politik ciptaan golongan kufar di angkat di muliakan, guane nie boh,,, hari ini pentingnya golongan muda-mudi islam bangkit dari tidur yang lena, mari sama-sama kita mengembalikan kedaulatan Islam, naikkan kembali sejarah islam di mata dunia,,,,,,
akhir kata marilah sama-sama kita bangkit menegakan agama bangsa kita!!!!!
No comments:
Post a Comment