Assalammualaikum.....salam perkenalan, salam persaudaraan, salam ukhwah islamiah.

Thursday, January 6, 2011

Thaharah Part 1

Assalammualaikum,,
Adakah saudara masih ingat antara perkara yang awal kita pelajari untuk memahami  bab-bab agama?? Kalau saudara masih ingat, alhamdullillah. Thaharah (bersuci ) adalah antara antara perkara yang awal kite pelajari dalam usaha mempelajari ilmu agama. Mengapakah bersuci adalah antara perkara terawal kite pelajari dalam agama? Mengapa pula tidak ilmu-ilmu yang lain? Secara ringkasnya mudah, kalau kita tidak bersih suci dari kekotoran najis dan sebagainya, bagaimana kite hendak beribadat seperti solat yang menjadi rukun islam yang ke-2 selepas mengucap kalimah syahadah serta menjadi tiang agama. "kunci solat adalah bersuci". begitu pentingnya bersuci dalam islam. tapi berapa ramaikah di antara kita memandang berat perihal ini. kalau saudara mengambil berat alhamdulillah, tetapi kalau sebaliknya bagaimana?



Allah mencintai hamba-hambanya yang bersuci dalam firmanya: 

maksudnya:
Jangan engkau sembahyang di masjid itu selama- lamanya, kerana sesungguhnya masjid (Qubaa' yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin).


tidakah kita mahu menjadi golongan yang di kasihi oleh Zat yang Maha Memiliki sifat keagungan dan kemuliaan?? oleh itu kite sewajarnya memahami ilmu ini. mungkin ramai yang beranggapan bahawasanya ilmu mereka sudah cukup walhal sebaliknya. ramai di antara kita beranggapan bahawa sudah cukup apa yang mereka miliki. "alah saya dah blaja dah bende ini", "ini perkara kecik je, tak payah ar nak blaja  " ini adalah antara ayat-ayat yang sering kali kite dengar daripada golongan yang mendakwa dirinya sudah berilmu.


Allah berfirman:


maksudnya:
"(Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya?" Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.


Berbalik kepada tajuk utama (Thaharah) menurut Mau'izatul Mukminin, ringkasan dari Ihya' Ulumuddin karangan al imam alGhazali yang di susun Asysyaikh Muhammad Jamaludin Alqasimi Addimasyqi, terdapat 4 tingkatan bersuci:

1. membersihkan anggota-anggota lahiriah dari hadas, najis-najis atau kotoran.
2. membersihkan diridari dosa dan maksiat
3. membersihkan hati dari akhlak yang tercela 
4. membersihkan rahsia batiniah dari sesuatu yang selain daripada Allah  

sesungguhnya tahap tingkat yang ke-4 itulah thaharah cara para nabi dan juga parashiddiqin. bagaimana pula tahap bersuci kita?? adakah di tahap 1 ataupun di tahap 2 dan 3. sama-samalah kita berusaha untuk mendapat yang terbaik untuk diri sendiri.

bersuci secara lahiriah terbahagi kepada 3 iaitu:
> Bersuci daripada kotoran seperti najis
> Bersuci daripada Hadas (besar mahupun kecil)
> Bersuci daripada lebihan-lebihan anggota (kuku, bulu ketiak, bulu ari-ari)


No comments:

Post a Comment