Assalammualaikum.....salam perkenalan, salam persaudaraan, salam ukhwah islamiah.

Thursday, January 27, 2011

super Hero Islam!!!!!

assalammualaikum,,,,

kalau masih teringat akan entry lepas, saya ada mengutarakan mengenai akan menceritakan sejarah para sahabat,, alhamdulillah, dengan izin-Nya dapat saya berkongsi ilmu mengenai salah seorang tokoh yang tidak asing dalam dunia islam,,

Abu Bakar A-Siddiq!!


siapa yang tidak kenal akan Abu Bakar As-Siddiq?? khalifah pertama selepas kewafatan Baginda Rasulullah
beliau adalah antara orang yang terawal mendampingi Nabi S.A.W selepas Khadijah dan Ali.
beliau juga banyak mendorong agar Nabi SAW menjalankan dakwah secara terang-terangan,
beliau ar orang yang pertama berdakwah secara terang-terangan dan di belasah oleh kaum quraisy

siapakah yang bersama-sama dengan Nabi SAW ketika berhijrah ke madinah?? siapakah yang menemani Nabi SAW ketika berada di dalam gua Thur?? sehingga turunlah wahyu al-quran (at-taubah) yang memuji Abu bakar sebagai orang ke dua sesudah Nabi SAW yang berada di dalam gua Thur


siapakah yang berani menberi jaminan untuk menjaga Khemah Nabi SAW ketika perang Badar??

" orang yang paling berani ialah Abu Bakar. ketika di hari Badar setelah mendirikan khemah untuk kediaman Nabi SAW, kami tanyakan siapakah yang akan menjaga Nabi dalam khemah?? di saat itu tidak ada seorang pon yang menjawab melainkan Abu Bakar beliau menghunus pedangnya!! dan setiap musuh berusaha untuk mendekati tempat Nabi, Abu Bakar menghetamnya dengan pedangnya , itulah orang yang paling berani"


dewasa ini berapa ramai yang masih ingat akan peristiwa di atas?? kita asyik di suap dengan sejarah2 yang telah dicipta dan diolah oleh golongan tertentu atas dasar2 yang tertentu untuk kepentingan tertentu, kalau bukan kita siapakah lagi yang mahu membongkar sejarah dunia Islam yang terperosok di belakang sejarah2 yang telah diolah mengikut selera hawa nafsu golongan tertentu 



Abu Bakar adalah seorang tokoh islam yang di segani,

sesungguhnya beliau masuk islam sebagai seorang yang kaya raya, keturunan quaraisy yang mulia, lalu beliau menyerahkan seluruh kekayaan itu untuk kepentingan Islam dan akhirnya beliau menunggal dunia dengan tidak memiliki kekayaan apa-apa pun.

kehidupan beliau penuh dengan ibarat nasihat, ajaran dan kenangan, beliau berjaya menyusun tampok kekuatan islam. beliau membangunkan kekuatan yang amat penting untuk menjaga kepercayaan kaum muslimin dan kebesaran serta keagungan Agama Islam


 inilah peminpin yang kita mahukan, bukan macam zaman sekarang, ade agenda tersendri, sibuk menggumpulkan harta dunia, undang2 Allah di tong sampahkan, undang2 si kufur di angkat di julang!!!!
bagi memuaskan hawa nafsu serakah mereka. mereka menghalalkan apa yang di haramkan!!




ps: siapkan semua assigment dan report2 anda serta kerja2 anda yee,,,,

No comments:

Post a Comment