Assalammualaikum.....salam perkenalan, salam persaudaraan, salam ukhwah islamiah.

Sunday, January 30, 2011

pentingnya waktu solat!!!!!

assalamuaalikum,,,,

alhamdulillah, bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat aku menulis lagi ape yang bermain2 di box fikiran aku nie,,,,

kalau sebut pasal masa, macam bende yang di kaitkan dengan masa, masa itu emas ar, masa itu pedang ar, masa itu time ar,masa depan ar macam2 bende yang di kaitkan dengan masa. sume bende nak berkait masa, tapi paling best mesin masa yang ada kat dalam poket doremon, buleh pg masa lampau, zaman jurasik pon buleh hahaha,,,,



waktu 2 macam emas k?? hok 2 kito doh tahu boh, guane2 cer cite2,,,(hurm pengaruh movie plak)


apasal tetiba aja ku nak bercerita pasal masa a.k.a waktu a.ka time, mungkin aku lambat kot time nak g kuliah tadi hahaha. tapi ar bile sebut pasal waktu plak ap yang ko teringat, waktu pagi ?? waktu kuliah?? waktuuu waktu solat hah.

waktu solat penting beb, kenapa penting hah hayo2 x tau,ye ar kite nak solat mesti tau waktu solat kan, kalau nak solat x tau waktu solat bahaya beb, silap2 sembahyang subuh pukol 9 pagi, dah buleh jamak dengan sunat Dhuha beb hahaha, cube kite tau waktu subuh bler, kite dapat solat mengikut wakyunya Allah berfirman:


maksudnya: 
Dan apabila kamu telah menyelesaikan solat kamu, ingatlah kepada Allah ketika berdiri, ketika duduk dan ketika kamu (berbaring) atas rusuk kamu. Kemudian apabila keadaan kamu sudah aman maka dirikanlah solat kamu (secara biasa). Sesungguhnya solat itu bagi orang yang beriman merupakan kewajipan yang ditentukan waktunya. 
al-Nisa' ayat 103


kalau sebut pasal waktu solat ap yang korang teringat,,,

situasi 1:

"eh malam nie pukol bpe nak jumpe" tanya irwan kepada buahatinya
" alah bang macam biasa ar lepas Isyak ar,,,," balas buah hatinya dengan manja

hah tengok lepas waktu sembahyang jugak waktu die nak jumpe berdate cakap lu,,,betapa pentingnya waktu solat beb, boleh wat indicator lagi, hah percaya x?? andaikata si jejaka tak tau bile waktu isyak, parah beb si buah hati menunggu, silap hari bulan perang dunia ke-3 hahaha


hah ngocoh2 hahaha,,,,,
(situasi ini tidak ad kene mengene sama ada yang hidup mahu yg sedang bercinta)


situasi 2:

pernah korang berjanji gan kawan macam nie

" wei ko datang umah ku lepas nyamuk bagun tau, jagan lambat nanti bising pulak si joyah 2"

pernah dengar orang berjanji macam nie?? pernah dok??hah kan parah kalau kawan cakap macam 2, bile mase nyamuk bangun, setiap malam terbang je cari dare eh darah,,,

kalau macam nie kan selalu dengar

" eh b4 subuh u pick i tau, i takot x sempat plak nak degar ceramah utz. Azhar tu"
kite tau ar bile masenyer macam nie kan, x ar payah2 nak tengok bile nyamuk bangun,nak g jumpe kawan kan



pasal tetiba ad nyamuk kat entry aku nie, mane abg Shieltok yang sasa??
nie bkan nyamuk GE yang d lepaskan kat pahang ea, nie nyamuk bersayap,,,,grrr

(situasi ini tiada kenemengena dgan keputusan kerajaan melepaskan nyamuk GE)
situasi 3:

"woi petang nie usha awek kat pantai tok jembal jom, nak tak"
"gerek jugak 2 bile nak g??"
"alah lepas asar ar time 2 ramai pompuan bersiar2 kat pantai"

hah tengok sekali lagi waktu solat di gunakan untuk berjanji degan kawan, kalau bende yang baek x ap, nie nak usha awek2 soyal lah,,, hah sekarang dah tau kan bertapa penting nya waktu solat  kan2,,,


macam nie ar keadaan pantai tok jembal, siapakah yang bertanggungjawab?? menteri besar?? JKKK tok jembal, atau kerajan BN yang memerintah??

(hah ini situasi alam sekitar kene panggil budak entect,,,,) 

pendek kata ar, kalau jakim k Radio Telivisyen Macamharam dop bagi tau ble masuk waktu solat, susah beb nak wat aktiviti, jawabnyer x ad orang g Hok kee seng, tak ramai orang gi majlis maksiat jom heboh 2, x ad orang nakk nak2 ape2 ar yang dieorang rancang,,,

hah penting nya waktu solat kan, kalau dah tau waktu solat jagan lah buat2 x blaja agama, x sembahyang plak, kate solat 2 tiang agama, kalau runtuh solahnya maka runtuhlah agamanya betol dop??? ingat solat lah perkara yang pertama di tanya kat depan Allah tau, kalau solat nya past, baru hal2 lain di periksa tau,,, x kan 2 tak tau lagi,,,

akhir kata, jom balek tok Chinese new Year!!!


p/s: pastikan ada tokmaninah dalam solat anda,,,,

suatu ketika sedang Nabi beriktikaf di masjid datang seorang lalu melakukan solat, setelah selesai, Nabi menyuruh lelaki itu mengulangi solatnya kembali, setelah selesai Nabi menyuruhnya solat lagi, setelah selesai Nabi menyuruh lelaki itu mengulagi kembali kemudian lelaki itu bertanya" wahai Nabi Allah apakah yang tidak kena dengan solat saya" Nabi menjawab kamu tidak melakukan tokmaninah(berhenti sekejap selepas melakukan perbuatan sebelom melakukan perbuatan lain dalam solat)

Friday, January 28, 2011

jumaat oh jumaat!!!!!!!!


assalamualaikum,,,,
kalau hari jumaat je kaum2 yang di gelar adam mesti agak sibuk ye lah nak 
gi solat jumat ar katekan, 2 pon kalau g ar, sebab ad set2 yang 
tetiba boleh datang haid, kuar nifas pon ad gak, 
paling dahsyat yang anggap diri syahid kat atas katil, haram,,,
tapi kalau set2yang tengah2 2 macam nea eak, nak kate pompuan dok nak kate lelaki pon dok
guane 2 boh?? ah lantak ar 2 masalah die,,


kali nie aku bkan nak berkhutbah hanya betuli diri jua aset berjuta sering bertukar wanita, eh nie lagu too phat Alhamdulliah, sory2 tersasul plak
ap bende yang paling penting dalam khutbah jumaat??
jenis tongkat yang d pegang tok imam??cap serban khatib??ap yang penting??
bukan kerja sama ea,,,


tentu ar khatib 2, yang bace khutbah, kalau sape2 x tau sape khatib 2, die kawan bapak akuad 2 bini ag hahaha(saja mengarot)
khatib 2 orang yang baca khutbah ar ap ag, 2 pon x tau, 2 ar time kalas pendidikan islam suke sangat 
ponteng kelas kan x tau


hah nie salah sorang khatib yang berjaya membuat ku terlena dek dodoiyannya,,,hehehe
pinjam gambo ea,,Bro syah =)

sepanjang hidup aku g sembahyang jumaat(selepas mumaiz), ad bape orang khatib je yang betol2 buat aku khusyuk dengar khutbah, yang lain sume mendodoikan aku jew.
mungkin die orang x amek public speaking or pengucapan awam kot,
kalau amek public speaking gn Lectre ak, comfom biso bagi khutbah yang berkesan

seingat aku, hanya ad 2-3 orang khatib je yang betol2 bagi khutbah yang lain dok sibuk bace khutbah,,
dulu time kat asrama smkdpb, kite orang sembahyang kt masjed jamek banda pontian
ad seorang imam nie bagi khutbah sampai menangis beb teresak2 beb, pergh feeling giler, 
pastu ad sorang ag ustaz, kalau x silap istaz Abu Bakar Watak, die bagi khutbah macam ahli politik berucap
terbaek ar tok dieorang nie

baru-baru nie ad dengar khutbah yang si sampaikan ustaz Ahmad Syukri pengacara halaqah tu,,
ku dengar die berkhutbah kat mesjid UnisZa, pergh mantop beb macam dengar die berceramah kar dalam halaqah plak, sebji dowh,,
x tengok teks langsung, bertol2 die berkhutbah bukan membaca khutbah, terbaik!! kredit kat ustaz Ahmad syukri


yang tengah2 2 ustaz Ahmad Syukri ea,bukan hok kiri or kanang ,,,

hurm sebut pasal sembahyang jumaat nie, ad 1 hal yang ku muskil, yelah time sembahyang punyer ar ramai jemaah, tapi bile imam baca doa, toleh belakang ad ar 2-3 saf pelik2 oh mungkin dieorang tau ayat nie kot


maksudnya: Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).

surah Al-Jumu'ah ayat 10


betol2 dieorang bertebaran sampai x sempat nak aminkan doa,,tadi selipar jepon aku peyer romate yang ku pinjam kene kebas daa, selalu pakai selipar mahal-mahal x ad hilang pon, sekali pakai selipo jepon lesap, adoi, mujur tadi g mesjid naek kereta gn kawan kalau dok,
merah muke nie nak menapak x ad selipo, adoi pelik2, 
x pe2 aku assume uncle 2 salah amek selipo je lah, nak buat guane dah hilang, 
mungkin ad hikmah die kot selipo 2 hilang
hahaha,,,,   





Thursday, January 27, 2011

super Hero Islam!!!!!

assalammualaikum,,,,

kalau masih teringat akan entry lepas, saya ada mengutarakan mengenai akan menceritakan sejarah para sahabat,, alhamdulillah, dengan izin-Nya dapat saya berkongsi ilmu mengenai salah seorang tokoh yang tidak asing dalam dunia islam,,

Abu Bakar A-Siddiq!!


siapa yang tidak kenal akan Abu Bakar As-Siddiq?? khalifah pertama selepas kewafatan Baginda Rasulullah
beliau adalah antara orang yang terawal mendampingi Nabi S.A.W selepas Khadijah dan Ali.
beliau juga banyak mendorong agar Nabi SAW menjalankan dakwah secara terang-terangan,
beliau ar orang yang pertama berdakwah secara terang-terangan dan di belasah oleh kaum quraisy

siapakah yang bersama-sama dengan Nabi SAW ketika berhijrah ke madinah?? siapakah yang menemani Nabi SAW ketika berada di dalam gua Thur?? sehingga turunlah wahyu al-quran (at-taubah) yang memuji Abu bakar sebagai orang ke dua sesudah Nabi SAW yang berada di dalam gua Thur


siapakah yang berani menberi jaminan untuk menjaga Khemah Nabi SAW ketika perang Badar??

" orang yang paling berani ialah Abu Bakar. ketika di hari Badar setelah mendirikan khemah untuk kediaman Nabi SAW, kami tanyakan siapakah yang akan menjaga Nabi dalam khemah?? di saat itu tidak ada seorang pon yang menjawab melainkan Abu Bakar beliau menghunus pedangnya!! dan setiap musuh berusaha untuk mendekati tempat Nabi, Abu Bakar menghetamnya dengan pedangnya , itulah orang yang paling berani"


dewasa ini berapa ramai yang masih ingat akan peristiwa di atas?? kita asyik di suap dengan sejarah2 yang telah dicipta dan diolah oleh golongan tertentu atas dasar2 yang tertentu untuk kepentingan tertentu, kalau bukan kita siapakah lagi yang mahu membongkar sejarah dunia Islam yang terperosok di belakang sejarah2 yang telah diolah mengikut selera hawa nafsu golongan tertentu 



Abu Bakar adalah seorang tokoh islam yang di segani,

sesungguhnya beliau masuk islam sebagai seorang yang kaya raya, keturunan quaraisy yang mulia, lalu beliau menyerahkan seluruh kekayaan itu untuk kepentingan Islam dan akhirnya beliau menunggal dunia dengan tidak memiliki kekayaan apa-apa pun.

kehidupan beliau penuh dengan ibarat nasihat, ajaran dan kenangan, beliau berjaya menyusun tampok kekuatan islam. beliau membangunkan kekuatan yang amat penting untuk menjaga kepercayaan kaum muslimin dan kebesaran serta keagungan Agama Islam


 inilah peminpin yang kita mahukan, bukan macam zaman sekarang, ade agenda tersendri, sibuk menggumpulkan harta dunia, undang2 Allah di tong sampahkan, undang2 si kufur di angkat di julang!!!!
bagi memuaskan hawa nafsu serakah mereka. mereka menghalalkan apa yang di haramkan!!




ps: siapkan semua assigment dan report2 anda serta kerja2 anda yee,,,,

Wednesday, January 26, 2011

Siapa idolamu???


Assalammualaikum dan salam islamiah…..

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah , Tuhan sekalian alam, selawat dan salam pada jungjungan mulia kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, sahabatnya dan para penerusnya yang mengikuti mereka dengan baik sehingga hari kiamat.

Saya ingin menanyakan kepada saudaraku sekalian , siapakah yang menjadi idola kalian semua?? Adakah Abd Rahman Ibn auf?? Adakah Abu Ayyub Al-ansari atau Abu Darda’?? adakah idola kalian Al-Bara’ Ibn Malik Al-Ansari yang mencintai membaca Al-Quran melebihi  pekara-perkara dunia?? Adakah idola kamu ialah para sahabat  Rasulullah SAW yang  mantap keimanannya??

Kalau jawapan saudara adalah iya, maka kegusaran yang bergelumang di kotak pemikiran saya telah terurai, jika tidak maka sama-samalah kita menghayati kembali kisah-kisah para sahabat yang sama-sama dengan baginda Muhammad SAW menegakkan tauhid serta menentang thagut.


Tetapi dewasa ini, ramai diantara saudaraku yang menjadikan penyanyi, pelakon,bintang sukan dan berbagai-bagai  lagi manusia yang pada dasarnya tidak layak di gelar idola menjadi  idola kalian. Sudah tiada lagikah para sahabat serta cerdik pandai islam untuk di tualadani?? Ramai yang beranggapan bahawa golongan yang mahsyur di mata manusia sebagai idola mereka 

suatu masa dulu ada seorang pengacara yang mengatakan artis tidak layak untuk di teladani dalam kata erti yg lain x layak nak jadi public figure, sebab banyak sangat yang negative dari yg positif tentang dunia keartisan,
pastu bertubi2 pengacara nie kne paku gn kawan2 die yg x sebulu dengan die, hah,,,,

Pada entry ini, ingin saya mengetengahkan satu tajuk yang agak menarik dalam dunia Islam. Pada hemat saya, dewasa ini tidak ramai di antara kita yang menginggati  tokoh-tokoh   yang banyak memberi sumbangan kepada dunia islam pada awal perkembanganya sehinggalah islam menjadi empayar yang memayungi 2/3 dunia suatu masa dahulu.

Insya-Allah pada entry yang akan dating akan saya berkongsi serba sedikit mengenai Riwayat Para Sahabat Rasulullah SAW seperti 4 orang khalifah pertama dalam tamadun islam, abu hurairah, Ibn Abbas dan lain2 lagi di bawah label riwayat para sahabat,,,

Akhir kata, mari lah sama-sama kita menyingkap kembali lipatan sejarah islam, agar kita boleh bangkit semula menegakkan Daulah Khilafah, bkan berada di bawah telunjuk kufar yang sedang memerintah dunia sekarang yang di kepalai amerika dan konco-konconya,,,,

p/s: mereka yang berwaspada kurang sedihnya renung-renungkan,,,,

mata dan solat,,,,

assalamualaikum,,,,,

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha menyanyangi

ketika solat ke manakah mata kita di tujukan??
kadang2 kalau kite duduk kat mejid
ternampak lah si polan 2 sembahyang sambil matanya melilau2
apa yang di carinya, 
x kurang juga ada yang memejamkan mata dek mendapatkan kekhusyukan
dalam solat, agak2nya mane satu yang patot kite buat time solat??

semase belajar kat sekolah dulu ad cg cakap tengok tempat sujud,
pada masa yang sama plak ada yang kate buleh tutup mate
hah guane??



agaknye nape uncle nie pejam mate giler-giler?? hah yang 2 kite x tau,,,


" adalah Rasullulah menundukan kepala baginda dan melontarkan pandanganya 
ke bumi, tempat sujud"
diriwayatkan al-bahaiqi dan al-hakim ,,,,,,



dalam hadith yg lain ad di katakan
" dan tatkala Nabi memasuki kaabah, Nabi tidak mengangkat pandangan matanya dari tempat sujud sehingga Baginda keluar darinya"
di riwayatkan Abu Daud dan Ahmad



hah dah nampak sedikit ilmu mengenainya???

tapi ad plak pendapat lain yang berbunyi seperti ini, lebih elok memandang ke hadapan dan bukanya tempat sujud, pendapat imam Maliki


 hah kalau budak macm nie dok ngapo, kalau bapak budak hah 2 masalah!!

kenapa kite perlu melihat tempat sujud?? hah nie antara pokok kenape kite perlu memandang ke tempat sujud:

  • mendatangkan khusyuk
  • menghilangkan ganguan luar dan memfokuskan perhatian terhadap solat
  • menimbulkan rasa rendah diri bile tengah solat
  • menghilangkan rasa sombong
  • membezakan orang tengah solat dan tidak (diluar waktu solat)

" ketika kamu solat, janganlah kamu menoleh kerana Allah mengarahkan wajah-Nya ke wajah hamba-Nya yang sedang solat selagi mana hamba-Nya tidak menoleh ke arah lain"
;riwayat al-Bukhari dan Abu Daud


kesimpulanya di galakkan mengarahkan pandangan mata ke tempat sujud, tetapi tidak sampai menjadi wajib,
apepon yang penting kita solat ea saudara-saudaraku,,,,,=)



Monday, January 24, 2011

Facebook Vs Al-Quran,,,,,,

assalammualaikum,,,,,,

hurm alhamdulillah dapat juga aku menulis entry nie untuk tatapan warga sidang sekalian, marilah sama-sama kita  memperbanyakan selawat ke atas nabi junjungan mulia kita Nabi Muhammad serta kaum kerabat nabi, mudah-mudahan kita memperoleh syafaat daripadanya kelak di hari pembalasan,,,,,,

kalau sebut SNS or social network service mungkin ramai yang tak tau sangat, tapi bile sebut fb, netlog, friendser, myspace and etc, korang mesti tau punye, lagi hebat dari aku rasanya.



nie ar die mark zuckerberg pengasas Fb yang korang dok bukak tiap2 hari

according my intensive study on this topic there are many disadvantage of fb. today i want to persuade to all of u u use fb wisely(pergh macm 3rd speech public speaking je) hahaha. hari ni aku bkan nak bagi speech tapi just nak berkongsi ap yang berada di benak fikiranku ini dan betuli diri jua,,,,

agak-agak ap point2 ku tok entry nie eak?? 

1. berapa lama anda membelek muke buku(FB) berbanding Al-quran??

mari kite sma-sama muhasabah diri masing2, satu hari berapa jam kite dok menghadap ciptaan si yahudi mark zuckerberg nie?? pada masa yang sama berapa jam plak anda meluangkan masa untuk bace peganggan umat islam nie (al-furqan)??

hah segan malu,,,tak pe biar malu sekarang jagn malu kat kubur wa'imah kt akhirat. kite kate Al-quran pengangan kite, kite kate Al-quran panduan kite kenapa kita dok bace?? hah kalau bace berapa ramai yg p bilek maksudnyer?? kalau ko orang blajo kt negeri arab gn pak syeikh x pe gak, nie g sekolah convent, St, dan berbagai2 yang berorentasikan dunia giler nie, ish3,,,,,

kalau dah bukak terjemahan plak bape ramai yg mengamalkanya?? kate beriman gn kitab-kitab yang d turunkan Allah, tapi ap yang kite lakukan?? bab2 puase, sembahyang bleh plak ikut islam (quran), tapi bab2 undang2, cara pentadbiran, sistem ekonomi dok sibuk dgan telunjuk si kufar dengan sekutunya nak jadi ap??
 " masuklah kedalam Islam secara keseluruhanya"


2. mengapa fb di gilai manakala AlQuran di abaikan??

ap yang ad dalam fb yang di gilai manusia laa nie?? ap yang ada dalam alquran yang manusia semakin alpa??
dalam fb buleh di kata kan banyak giler kemaksiatan berbanding kebaikan. kenape aku cko mcm 2, sebabb 

  • banyak gamba yang di tunjuk2kan mendedahkan aurat, x kire pompuan tau pon si jejaka
set2 pompuan dok berlumba-lumba nak memperagakan "aset-aset" yang menunjukan mereka wanita, 2 lom ag gambo die gn couple die, dok rapat2, dok pegang2 kalau dah kawen x pe gak, ish3,,, yang lelaki ad gak dok nak tunjuk kesasaan mereka adoi,sasa bebenor k wei.
  • banyak jugakbende2yang x betol disebar luaskan kt fb, bak kate bdak zaman sekarang gosip a.k.a mengumpat

nie pon buleh tahan jugak hebatnya, berita itulah, berita inilah, kalau betol ap yang dikatakan, alah aku bukan mengumpat tapi nie betol2, hurm bagai2 care nak selindungi mende nie,,,

3.takut dengan al-quran

hah point nie nampak pelik je, hah dalam quran ad banyak bentuk2 ayat, ayat berita gembira(tok orang2 beriman) berita kesedihan(set2 yang x ikut quran) ayat berbentuk amaran, dan berbagai-bagai lagi bentuk ayat. tak termasuk ayat pasif tau hehehe...

mungkin dieorang tak bace quran sebab die pernah terbace surah yang ad menceritakan mengenai gambaran macam mane keadaan kat neraka ataupon hukuman bagi kesalahan yang die tegah lakukan, so,,, so die orang  takot nak bace kot 2 teori aku ar,,, je laa hahaha

p/s marilah sama-sama kite muhasabah diri kite berapa lame kite bace quran setiap hari

Thursday, January 20, 2011

soladitari bangsaku,,,,

Assalammualaikum,,,,,

pada kali ini saya ingin berkongsi pengalaman menghadiri satu bengkel yang agak membosankan,, pada jangkaan awal, saya menyangkakn  bengkel ini menarik dengar sahaja nama bengkel ini, pergh islamik jugak ar,,, tetapi setelah mendengar penerangan dari ketua faci, jiwaku seakan-akan di rentap dek ketertipuanku terhadap tajuk bengkel itu, ingatkan bengkel itu mengupas hal-hal berkaitan agama, blaja pasal bab-bab agama ke, sekali "dalam bengkel ini, kami akan mendiskusikan mengenai, dasar-dasar pendidikan, ekonomi dan politik" ujar ketua faci dalam loghat qlate,,,


dalam dok memberi taklimat 2, ad plak perkara yang menggelikan hati ni, mana tidaknya "pukol berapa masuk subuh kat sini?" soalan ketua Faci 2, dalam masa yang sama dengan selamba biawak die menjawa
sendiri, pukol 530AM k?? dan dengan selamba jugak ada peserta berkata "ai die nie tau sembahyang tak nie" mau x gamat dewan ketawa dengan kata-kata tu,,


biasa ar, bile ad bengkel mesti ad ceramah, yang paling tension, penceramah tu dari KPT (kementerian Pengajian Tinggi), bagi talk macam budak dok amek public speaking haram,, dalam masa yang sama ramai jugak ku tengok peserta yang tumpas dek celakkan Syaitan yang direjam (ku pon sama
 gak)



perg boring tahap gaban uncle nie, ngantok nie


tapi ape yang nak saye share gan pembaca ialah mengenai perkara-perkara yang saya dapat dari bengkel ini:

1. umat islam masih jauh ketinggalan dalam bidang ekonomi di Malaysia

kalau kite tengok hari ini, gedung-gedung perniagaan di monopoli kaum mana?? mereka yang memiliki harta yang melimpah ruah di miliki kaum mana?? adakah saya seorang yang racist apabila membicarakan masaalah ini?? tapi ini adalah hakikat yang sebenar. 

teringat akan kata-kata ayahku, orang islam kalau dah kaya bukan nak bantu orang lain, berniaga maju siket je terus tukar kereta mewah, buat rumah sebesar-besar alam. 

bile time bersedekah, 1 sen kalau ikhlas dapat pahala ibarat 1 pohon yang mengeluarkan 7 dahan setiap dahan itu ada 100 tangkai. 

kalau mengaji orang di bayar dengan harga murah, dahlah tak ad EPF, Socso, Perkeso jauh sekali insuran

    

2. umat islam Malaysia masih ketinggalan dalam bidang pendidikan 

pasal nie, sudah terang lagi bersuluh, siapa yang biasa mendapat no. 1 dalam kelas, susah nak dengar Satu bin Dua, Anu binti Itu (kecuali semua dalam kelas set2 kita), 

kalau kat IPT siapa yang paling banyak pakai selempang time konvokesyen?? siapa yang selalau menjadi pelajar terbaik?? memang tidak di nafikan ada golongan kita yang memperolehnya, tapi % sangat-sangatlah sedikit. mari ar sama-sama kite ngaji sungguh ea,,


pergh agak-agak boleh tak aku merasa selempang kuning tu eak?? boleh-boleh thinking positive,,,,hehehe

3. politik umat islam semakin hari semakin hari semakin menipis

hah perkara nie susah siket nak oyak, bukan apa tapi entahlah nape macam susah nak ckap, ramai muda-mudi umat islam yang tak ambik port mengenai perkara ini, bagi mereka alah cukup ar mak bapak yang amek tau mende nie,,,kite tengok hari nie politik islam di campak jauh2, politik ciptaan golongan kufar di angkat di muliakan, guane nie boh,,, hari ini pentingnya golongan muda-mudi islam bangkit dari tidur yang lena, mari sama-sama kita mengembalikan kedaulatan Islam, naikkan kembali sejarah islam di mata dunia,,,,,,




akhir kata marilah sama-sama kita bangkit menegakan agama bangsa kita!!!!!

Monday, January 17, 2011

ilmu pengetahuan,,,,

assalamualaikum,,,,


alhamdulillah bersyukur ke hadrat Pencipta Sekalian Alam, kerna mengizinkan saya menambah koleksi penulisan yang tidak seberapa ini. dek ketiadaan kelas (syndrom awal sem) boleh ar saye meluangkan masa untuk menjengah ruangan maya ini.

berbalik pada tajuk asal iaitu ilmu pengetahuan,, apakah itu ilmu pengetahuan?? bagaimana mahu mendapatkanya?? siapa yang mengajarkannya?? pasti semua mende itu berlegar2 dalam kotak pemikiran ko orang yang bace ar,,,, kalau terpikir ar..

kenapa ilmu pengetahaun amat penting bagi umat seisi alam ni?? hah yang 2 kite x tau an,,,




dalam al-Furqan a.k.a al-Quran banyak ayat-ayat yang menerangkan bukti-bukti mengenai hal keutamaan ilmu pengetahuan. jom kite sama-sama menyelongkarkan isi kandungan al-Quran.

Allah berfirman:



Ali- Imran: 18

maksudnya: 
Allah menyatakan bahawa tiada tuhan selain Allah (demikian pulak) para malaikat dan orang berilmu yang menegakkan keadilan dia yang Mahaperkasa, Mahabijaksana.



juga firman Allah: 




Az-Zumar: 9

maksudnya:

"(Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya?" Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.


hurm, sekarang dah tau sedikit mengenai kepentingan ilmu pengetahuan, kalau orang dulu-dulu cakap kat anak-anak die " man blaja sungguh-sungguh jangan jadi macam mak dengan ayah, pegi sekolah cume nak tau membaca dengan mengira jew" macam tu sekali pesan dieorang selalunya, (pergh macam filem gan drama melayu lame-lame plak) hahaha,,,,,

orang zaman dulu, die orang tak dapat blajo tinggi-tinggi sebab masalah kewangan, infrastruktur, dan berbagai-bagai lagi. hah sekarang semua dah ad depan mata, nak itu dapat, nak ini dapat ape lagi buktikan ar,,(macm motivator plak hehehe)...

zaman sekarang, mak bapak hanto anak ngaji cakap macam nie "adam, ngaji sungguh2 tau, nanti besaq hang boleh jadi Dr.(macam dr. rozmi 2), kaye boleh beli subaru impreza STi cash tak pon boleh jadi PM macam-macam boleh dapat " lebih kurang macam nie ar mentaliti umat manusia. lagi best dapat family macam nie "akmal blaja  betol-betol, nanti abes blaja jadi pak ustaz k alim ulama' x pon hafal quran senang mak dengan ayah kat akhirat "


hurm nie die ulama besar Yusuf Qaradawi sumbangannya dalam dunia islam moden tidak dapat di pertikaikan lagi,,


agak-agaknyer bile Malaysia nak melahirkan ulama besar macam nie, kate negara islam, betol dop?? sama-sama kita nantikan.

berbalik kepada ilmu pengetahuan, zaman sekarang kalau tak ade ilmu pengetahuan, susah nak hidup wei, bernas mana pon idea kite tapi tak ad ilmu pengetahuan pon orang tak pandang beb, nak kawin pon nanti silap-silap bakal mentua tanya "ngaji sampai mane??" wah parah nampaknya

orang tak pandang sangat bile seseorang itu kurang berilmu, itu ar realiti masa kini, nak tak nak kite terpaksa gak mengaji laaa nie,,

lagi satu, kalau kurang ilmu mudah kene tipu bak kate budak-budak zaman sekarang "senang kena kencing" 


agak-agak ko orang ar,, kalau x ad ilmu haru biru x??
cube kite tengok macam mana dengan ilmu pengetahuan suatau masa dahulu dunia islam
mentadbir 2/3 dunia, tatkala di eropah berada dalam zaman kegelapan,
negara yang dinaungi empayar islam berada dalam keadaan yang maju,
tatkala jalan-jalan di eropah bergelapan dan ditutupi debu-debu yang kotor, jalan-jalan
di negara islam dilimpahi cahaya neon menggunakan minyak zaitun

tapi dewasa ini mengapa keadaan seakan-akan berubah sama sekali??
adakah kita lalai mengenaiya??
siapakah yang sepatutnya bertanggungjawabke atas permasaalahan ini??
siapakah yang harus menggubahnya??

cube ko orang cari jawapannya sendiri,,,,,,,,,,,,



maksudnya:

bagi manusia ada malaikat yang selalu menjaga bergilir, dari depan dan belakangnya. mereka menjaganya atas  perintah Allah. sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.dan apabila Allah menghendaki keburukanterhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya dan tidak ada pelindung selain Dia 

surah  Ar-Ra'd:  11



cube ar ko orang amat-amati ayat al quran di atas,,,
ingat jalan mesti kedepan bukan kebelakang

p/s: semua watak yang ada dalam penulisan ini hanya rekaan semata-mata, tiada kaitan dengan yang hidup maupun yang telah meninggal dunia,,,,=)

Wednesday, January 12, 2011

AJL oh ALJ,,,,,,,,,,,,

assalamualaikum,,,,,,

hurm, baru beberapa hari lepas (9 jan 2011) malaysia telah di hentam oleh satu fenomena yang membahayakan seluruh umat malaysia, ini gara-gara anaugerah juara lagu yang di sensasikan oleh pihak media-media masa berarus perdana. Atmosphera malaysia ketika itu di katakan tidak setabil dek majlis melalaikan ini.kenapa majlis kemaksiatan ini di gilai oleh segenap lapisan umur, tak mengira budak-budak belum baligh, orang dewasa yang tidak sedar diri bahkan orang tua yang menghitung hari untuk meninggalkan dunia pon dok sibuk nak melihat acara maksiat ini. mengapa saya mengatakan ini majlis maksiat?? adakah penggunaan perkataan maksiat itu menampakkan kesilapan saya dalam mengetengahkan pandangan saya??





mengapa dari awal saya mengatakan anugerah ini adalah majlis maksiat? mari sama-sama kite merungkai permasaalahan ini. 
ok adakah saudara atau saudari melihat Anugerah yang paling berprestij untuk industri muzik tanah air(konon-kononyalah, saya pon x pasti). secara jujur saya tidak melihat anugerah ini (kerana pada masa itu saya dan rakan-rakan dok main futsal hahaha). berikut adalah alasan saya untuk mengatakan majlis ini adalah majlis maksiat.


1. adakah majlis ini di hadiri oleh mereka yang yang berpakaian yang mengikut lunas-lunas islam??

Surah Al-A'raaf (26)

"Wahai anak Adam, sesungguhnya Kami telah
menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu
dan pakaian indah untuk perhiasan.
Dan pakaian takwa itulah yang paling baik.
Yang demikian itu adalah sebahagian dari
tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan
mereka selalu ingat".

hurm, dah naik mual dengan "dress up" artis malaysia kite nie,masing-masing berlumba nak menunjukan "aset-aset" mereka, kalau kene tegur dengan pihak-pihak tertentu alasan mereka, "pereka feshion yang buat saya cume pakai aja". hurm itulah yang biasa kite dengar,

percaya atau tidak, sekarang berapa ramai yang mahu menutup aurat berbanding mendedah aurat, bagi mereka menutup aurat ni  x "update" bagai-bagai ar lagi tomahan mereka, itulah-inilah,ish,,

2. adakah dalam majlis itu membesar-besarkan Allah dan memulaiakan para Rasul-rasul dan sahabat.


comfom ar jawapanya tidak. ok acara nie bermula pada pkol berapa?? si luncai dan labu-labunya masuk dalam stadium nie jam berapa?? kalau set2 lelaki 2 x ap ag(bersangka baik, x kan dalam stadium 2 x ad surau an), nie kalau perempuan yang dah make up muke 2-3 jam gn bedak berbotol-botol nak g acara melalaikan nak k die orang lunturkan make up die kerana air sembahyang, jawapanya paham-paham sendiri ar,,

kalau dulu musuh-musuh islam buat berbagai-bagai program nak melalaikan umat islam, laa nie die orang dah boleh pencen sebab umat-umat islam sendiri yang buat mende-mende melalaikan ini tok saudara se islam mereka betol x?? 


pentas ajl25 di katakan stage paling besar dan lighting mereka menggunakan SD7 yang paling maju, kowrang try ar cri sendiri bende 2.


3. penari-penari yang mengerakkan tubuh mereka dengan gerakan yang menarik perhatian(mengghairahkan)

hurm, (memandangkan saya tidak tengok anugerah nie,,,) seperti kelazimanya kalau ade orang menyayi mesti ad penari-penari yang menggiringi nyayian yang x seberapa 2, konon-kononya nak mantop ar, sebenarnya banyak mende yg nak kongsi, tp apakan daya saya hanya insan lemah penuh kehinaan mempunya tugasan lain..

p/s: kalau dulu ad unsur-unsur iluminati dalam majlis nie, cube korang cari tok kali nie ad k x?? pastu boleh ar share ea,,,




Friday, January 7, 2011

bola sepak dan islam???



assalammualaikum,,,,,


terlebeh dahulu tidak terlambat umtuk mengucapkan tahniah kepada skuad "Harimau Malaya" kerana mampu menjulang piala AFF buat kali pertama dalam sejarah bolah sepak negara. Akhirnya penantian 14 tahun berakhir dengan jayanya, Tahniah buat skuad "Harimau Malaya" sekali lagi di ucapkan,,,


inilah skuad "Harimau Malaya" yang telah berjaya mengharumkan nama negara di perinkat ranutau asean.



Sebenarnya apakah persamaan bolasepak kegilaan jutaan umat manusia tidak mengira umur, warna kulit, jantina jauh sekali agama, dengan ISLAM?? mungkin anda tertanya-tanya apakah persamaanya, sehingga berjaya menarik minat saya untuk menulis mengenainya. Sebenarnya mengapa bolasepak menjadi gilaan umat manusia sejak berabad lamanya, ad beberapa perkara yang menyebabkan ia di sukai ramai ibarat susu lemak manis F&N lah katakan.hah yang itu kite tak tau kan, justeru itu mari sama-sama kite merungkai ap sebenarnya yang membuatkannya di minati. apakah element yang wajib ad untuk permainan bola sepak??
 
 
pertama mesti ad padang yang "cantek" menhijau, x kan nak maen bolasepak dalam kebun getah atau sawit plak btol tak?? past 2 kat padang 2 mesti ar ad tiang gol(ad 2 tau) kalau x macam orang giler main tanpa arah, kehulu kehilir x ad tempat nak sumbat gol



hah ini adalah contoh padang bola yang mempunyai 2 tiang gol (eh macam stadium old trafford, stadium team yang power 2 ap name die MU ea)

hah lepas dah ad padang dengan tiang gol, mesti ad bola die nak maen an, x kan nak gune buah sawit atau kelapa, nak maen bola, sekarang nie macam jenis bola ad kat dunia, tapi yang paling fames Teamgist kot, agaknyer ar. lepas 2 ap lagi yang perlu ad untuk menjadikan bola sepak sukan paling di minati?? jawapanya sememangnya pemain yang hebat seperti Messi k, abg Cr, David villa, Carlos puyul, khairul cek fahmi k, baru ar ngetop, tengok die orang maen, ni kalau yang main bola entah sapa2 yang kaki bangku, sape nak tengok betol x??






hah nie lah bola teamgist yang telah di perkatakan oleh umat manusia, dan yang pegang bola tu, kowrang kenal sendirikan, uncle, ble nak balek kg?? 11hb nie johor cuti

lepas ad padang dengan 2 tiang gol, bola dan pemain yang hebat, mesti ad masa permainan, kalau x, sampai bile nak abes daa. pancit ar pemain 2, kalau boleh pam x pe gakkan. rase-rasenyer ar, best x kalau tegok bola kat Tv kalau kowrang tekan button mute tak pon kat stadium x leh nak memekik2, pergh giler jawabnyer. mesti ad penggulas yang mantop dan bijak menggulas, kalau yang menggulas bute bola atau x ad feeling pergh hampeh. bayangkan kalau di haramkan pengulas jawabnyer Hj hasbullah awang kene cari keje lain kot, x leh cari makan. lepas ad pengulas mesti ad pengadil betol x?? kalau x ad pengadil habis ar, lampard golkan gne tangan, past 2 peter chech tangkap bola kat tengah padang, haru biru d buatnyer.


too dia reffre terbaik dunie Collina name die, die ar yang ajar shukiden, skrang die dah pencen, amek upah petik sawit kt kg


hah sekarang kite dah tau kenape orang suke giler tengok bola, ape kaitan sume nie gan Islam??

jom kite terjah untuk satu kepastian!!!

ok, tok maen bola mesti ad padang dengan tiang gol, itu di ibaratkan Dunia dengan tujuan, ape tujuan kite hidup kat dunia nie?? tiang gol ad 2 ibarat dosa dan pahala atau baik k jahat, ape tujuan kite hidup kat dunie nie, x kan x ad matlamat?? tapi ingat jangan sampai matlamat menghalalkan cara itu x betol.

bola itu di ibaratkan sebagai ISLAM. kat padang sume pemain nak bola kenapa, sebab die orang nak gol untuk memperolehi kemenangan (kejayaan). macam 2 lah juga kite, kite nak kan kemenagan di hari akhirat. dunia nie tempat persinggahan sementara sahaje, bkan tempat yang kekal selama-lamanya, ingat!!!

pemain pulak di andaikan sebagai umatnya. kalau kt padang kite nak tengok pemain yang penuh berskill die orang akan berlatih bersungguh2, kat dalam konteks islam kite mahu melihat umat islam, yang mempunyai keimanan yang jitu dan padu, dengan melaksanakan segala tuntutan-Nya dan meninggalkan segala laranggan-Nya. jangan nak main sebat semua. judi itu halal, arak itu halah parah jawabnyer.
masa pulak ibarat usia kite kat dunia, kalau kt padang ad extra time, kalau kt dunia kite x tau ble umur kite berakhir." sesungguhnya tidak di cepatkan sesaat dan di lambatkan sesaat pon saat kematian" adakah kite sudah bersedia. mungkin esok atau luse kite meninggal dunia, mane kite tau,,, dalam setiap perlawanan bola mesti ad pengulas, ia laksana pendakwah yang menyampaikan dakwah islamiah yang sebenar-benarnya, bkan pendakwah yang nak mahukan harta dunia bahkan pangkat serta kepentingan peribadi


akhir sekali pengadil, apakah yang di dukung oleh seorang pengadil?? semestinya peraturan perlawanan. islam itu sudah sempurna termasuk peraturan dan hukuman yang sangat cantek lagi jelas, cume kite je yang x perasan kewujudannya,dan tidak melaksanakanya kalau perasan Alhamdulillah.


“Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kalian agama kalian, dan Aku sempurnakan nikmat-Ku atas kalian dan Aku ridha Islam sebagai agama kalian.” (Al-Maidah: 3)

akhir kata, sama-samalah kita bermuhasabah diri kite,,,,


Thursday, January 6, 2011

Thaharah Part 1

Assalammualaikum,,
Adakah saudara masih ingat antara perkara yang awal kita pelajari untuk memahami  bab-bab agama?? Kalau saudara masih ingat, alhamdullillah. Thaharah (bersuci ) adalah antara antara perkara yang awal kite pelajari dalam usaha mempelajari ilmu agama. Mengapakah bersuci adalah antara perkara terawal kite pelajari dalam agama? Mengapa pula tidak ilmu-ilmu yang lain? Secara ringkasnya mudah, kalau kita tidak bersih suci dari kekotoran najis dan sebagainya, bagaimana kite hendak beribadat seperti solat yang menjadi rukun islam yang ke-2 selepas mengucap kalimah syahadah serta menjadi tiang agama. "kunci solat adalah bersuci". begitu pentingnya bersuci dalam islam. tapi berapa ramaikah di antara kita memandang berat perihal ini. kalau saudara mengambil berat alhamdulillah, tetapi kalau sebaliknya bagaimana?



Allah mencintai hamba-hambanya yang bersuci dalam firmanya: 

maksudnya:
Jangan engkau sembahyang di masjid itu selama- lamanya, kerana sesungguhnya masjid (Qubaa' yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin).


tidakah kita mahu menjadi golongan yang di kasihi oleh Zat yang Maha Memiliki sifat keagungan dan kemuliaan?? oleh itu kite sewajarnya memahami ilmu ini. mungkin ramai yang beranggapan bahawasanya ilmu mereka sudah cukup walhal sebaliknya. ramai di antara kita beranggapan bahawa sudah cukup apa yang mereka miliki. "alah saya dah blaja dah bende ini", "ini perkara kecik je, tak payah ar nak blaja  " ini adalah antara ayat-ayat yang sering kali kite dengar daripada golongan yang mendakwa dirinya sudah berilmu.


Allah berfirman:


maksudnya:
"(Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya?" Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.


Berbalik kepada tajuk utama (Thaharah) menurut Mau'izatul Mukminin, ringkasan dari Ihya' Ulumuddin karangan al imam alGhazali yang di susun Asysyaikh Muhammad Jamaludin Alqasimi Addimasyqi, terdapat 4 tingkatan bersuci:

1. membersihkan anggota-anggota lahiriah dari hadas, najis-najis atau kotoran.
2. membersihkan diridari dosa dan maksiat
3. membersihkan hati dari akhlak yang tercela 
4. membersihkan rahsia batiniah dari sesuatu yang selain daripada Allah  

sesungguhnya tahap tingkat yang ke-4 itulah thaharah cara para nabi dan juga parashiddiqin. bagaimana pula tahap bersuci kita?? adakah di tahap 1 ataupun di tahap 2 dan 3. sama-samalah kita berusaha untuk mendapat yang terbaik untuk diri sendiri.

bersuci secara lahiriah terbahagi kepada 3 iaitu:
> Bersuci daripada kotoran seperti najis
> Bersuci daripada Hadas (besar mahupun kecil)
> Bersuci daripada lebihan-lebihan anggota (kuku, bulu ketiak, bulu ari-ari)