Assalammualaikum.....salam perkenalan, salam persaudaraan, salam ukhwah islamiah.
Showing posts with label riwayat para sahabat. Show all posts
Showing posts with label riwayat para sahabat. Show all posts

Thursday, March 17, 2011

Muaz ibn Jabal



Kali ini mari kiteberkongsi, mengenai salah seorang sahabat Nabi yang hebat yang bernama Muaz Ibn Jabal, sewaktu kecilnya beliau ialah anatara remaja yang mempunyai perwatakan yang menarik setiap mata yang melihatnya,,

Beliau memeluk islam di tangan Mas’ab ibn umair, Da’iyang di hantar Rasullulah untuk menjalanka usaha dakwah di yatrib sebelum hijerah. Muaz termasuk 72 orang yang yang mengadakan perjalanan k madinah untuk berbai’ah dengan nabi Allah.

Setelah Nabi berhijrah ke madinah, muaz banyak melapangkan masa bersama pesuruh Allah, dan mempelajari pelbagai hokum hakam dengan nabi sehingga beliau menjadi salah seorang sahabat yang paling berilmu dalam kalangan para sahabt.

Sampai di mana saat tatkala muaz pergi, orang ramai akan menyakan mengenai hokum persoalanyang di perselisihkan. Beliau menjadi murid yang terbaik dari guru yang terbaik. Ilmu pengetahuan membuktikan akan kebenaranya. Sehingga Nabi bersabda:
“ orang yang paling mengetahui dalam kalangan umutku dalam persoalan halal dan haram ialah muaz ibn jabal”

Salah satu jasa terbesar beliau adalah terlibat dalam usaha mengumpulkan al-quran pada zaman baginda  selain itu beliau juga mejadi amir kepada para da’I yang di utuskan nabi ke Yaman. Baginda bertanya kepada muaz:
“hai muaz, dengan apakah engkau menghakimi?”
“dengan kitab Allah ” jawab muaz
“kalau engkau tidak memperolehinya melalui kitab Allah?”
“aku menghakimi dengan sunnah Rasullulah”
“kalau engkau tidak mendapatinya melalui sunah Rasullulah?”
“maka aku akan beritijihad dengan diriku sendiri” jawab muaz
Rasullulah gembira dengan jawapan muaz, lalu berkata:
“segala puji bagi Allah yang telah member petunjuk kepada utusan Rasullulah yang menggembirakan Rasullulah ”

Tetapi dewasa ini apa yang di laksanakan oleh pemimpim2 kita yang mendakwa diri mereka islam terhadap perkara seperti ini??
Semasa berpisah dengan nabi, baginda berkata:
“hai muaz, barangkali engkau tidak dapat menemuiku selepas tahun ini. Barangkali bila engkau kembali engkau hanya akan melihat  mesjidku dan kuburku”

Muaz menangis. Orang2 yang turut bersamanya ikut menangis. Tiba2 perasaan sedih dan sayu menyertainya sewaktu beliau terpisah dari orang yang amat di cintai, Rasullulah.kata2 nabi itu memang benar kerana sekembalinya dari yaman, baginda telah pun wafat. Muaz menangis kerana tidak ada lagi persahabatan dengan sebaik baik manusia,,

Moral of the story jangan sakitkan hati orang sama ada di sedari mahupun tidak!!!
(x ad kene mengena grrr)
p/s:  memandu kenderaan dengan mematuhi peraturan jalan raya hahaha,,,, 

Monday, March 7, 2011

Abu sufyan ibn al-harith



Siapakah yang mempunyai hubungan yang rapat anatara Nabi Allah dengan Abu Sufyan Ibn al-Harith, beliau di lahirkan kira2 sama masa dengan Nabi, meeka membesar bersama, tinggal sebumbung, sepupi kepada Nabi dan pernah di jaga Halimatus Sa’adiah yang pernah memelihara Nabi sewaktu kecil.

Sewaktu kecilnya mereka berdua merupakan sahabat yang rapat dan intim, sehingga ramai yang menyangka bahawa beliau lah orang pertama yang akan menyehut seruan dakwah Nabi Allah, tetapi hal ini tidak berlaku.

Setelah Nabi membawa risalah Allah, abu sufyan memutuskan hubungan dengan Nabi. Tali persahabatan yang terjalin lama bertukar menjadi api permusuhan, kebencian, dan kemarahanya. Beliau memprovokasi risalah Allah dengan puisi serta kudratnya. Boleh dikatakan bahawa setiap kali penyeksaan kaum muslim, abu sufyan tidak ketinggalan menyertainya.

Namum setelah gelombang islam di terima dunia arab, abu sufyan menjadi gelisah, kerana tiada tempat untuknya mengadu dan memperthanakan dirinya, ada saudaranya yang mengatakan “sekarang baru engkau tersedar bahawa bangsa arab dan bukan arab telah berbaiah dengan Muhammad pesuruh Allah, tetapi engkau berdegil, padahal sepatutnya enkaulah menjadi orang yang mula2 menyokong dan membantunya bukan sebaliknya”

Ketika kemaraan tentera Islam pimpinan Muhammad Nabi Allah menghampiri Mekkah, beliau mempersiapkan diri untuk bertemu Sahabat lamanyauntuk menyatakan keislamanya. Setelah berangkat dan menghampiri Nabi, beliau menunjukan wajahnya kehadapan Nabi, kemudian nabi memandangnya kemudian terus memalingkan mukanya, tindakan sama juga di lakukan ahli rombongan sambil ada yang mengejek-ejeknya

Kemudian beliau mendapatkan bapa saudaranya Al-abbas supaya beliau cuba melembutkan hati Nabi, tetapi beliau enggan juga. Setelah mereka berhenti, mereka mendirikan khemah, abu sufyan akan menanti Nabi dengan Harapan baginda memberikan keredhaan kepadnya, setelah berapa lamanya Nabi masih tidak meredhainya, Abu Sufyan berkata
“demi Allah, sekiranya Rasullulah tidak menunjukan keredhaan pada ku maka aku akan membawa anakku dan berkelan di seluruh negeri sehingga kami mati kerana kelaparan dan kehausan”

Mendegar kata2 itu, Nabi menjadi lembut terhadapnya kerana kesian, lantas Nabi berkat “sekarang engkau tidak di persalahkan lagi”

Semasa peperangan hunain, Abu sufyan meyertaiya lantas berkata”Demi Allah, hari ini akan aku tebis segala permusuhanku dahulu terhadap Rasullulah, dan baginda akan melihat akan diriku apa yang diRedha inya dan diredhai Allah”

Beliau bertarung berhabis2san dan berada di barisan paling hadapand, sehingga Nabi bertanya kepada sahabat siapakah orang ini??
Jawab sahabat, inilahsaudara dan sepupumu Abu Sufyan, ya Rasullulah redhalah terhadapnya
Nabi menjawab, “aku telah redha dan Allah telah mengampuninya”

Abu Sufyan menikmati keredhaan Nabi, dan selalu bersamaya, tetapi beliau malu untuk menghadapkan mukanya tepat kewajah Nabi kerana malu akan apa yang telah di lakukan kepada Nabi dan umat Islam yang terawal, beliua terus menyesali perbuatanya.beliau lah orang yang paling awal masuk mesjid dan paling lambat keluar mesjid dan matanya tidak lekang dari tali kasut.

Ketika hari2 akhirnya hidup, beliau dilihat berada di perkuburan Baqi sedang menggali lubang, 3 hari kemudian beliau jatuh sakit, keluarganya menagis  namum beliau berkate;
“janganlah menagis, Demi Allah aku tidak pernah melakukan kesalahan sejak aku masuk islam”
Kemudian beliau pon meninggal dunia

P/S orang yang awalnya menetang islam boleh menjadi baik dan alim, masakan kita tidak sematkan nilai2 keislaman dalam diri anda, anda mampu mengubahnya,,,,,  

Wednesday, March 2, 2011

Abu Hurairah




An Abi Hurairata, radhiyallahu anhu, qal. Qala rasul Allahi, sallalahu wa salam

Kowrang familiar x gan ayat nie??
nie bukan watak dalam hantu mak limah ea,,,,,
Kalau sape2 yang rajin bukak sahih bukhari, akan selalu dengan ayat nie,
Kali nie aku nak share mengenai sahabat Nabi, abu  hurairah
Beliau adalah perawi hadith yang banyak meriwayatkan hadith2 yang sahih iaitu hadith yang benerr Dia memeluk islam ketika di bawah penguasaan at-taufil ibn Amr,yang menetap di lembah Tihamah di selatan semenanjung Negara arab. Nama asal nya ialah Abdu syams(hamba matahari) tetapi Rasullulah menamakannya Abdur Rahman

Beliau mendapat gelaran abu hurairah yang bermaksud bapa kucing kerana kesukaanya terhadap kucing semenjak zaman kanak2 lagi.

Abu Hurairah mempunya minda yang tajam dalam memperingati ilmu yang di perolehinya, lantas die berkhidmad untuk islam dengan meriwayatkan beribu2 hadith yang di dengarinya. Ini semua berkat doa Nabi terhadapnya,
Semasa pengawalan hidupnya beliau menjadi ahli suffah yang menyerahkan dirinya untuk beribadat kepada Allah dan tinggal dalam mesjid, lapar merupakan sebahagian dalam hidupnya. Ketika lapar beliau akan menjumpai sahabat2 atau guru2 untuk bertanyakan mengenai sesuatu ayat al-quran yang menjadi kesamaranya, lantas dia berharap agar die di pelawa untuk belajar dirmah sahabat dan guru2 lantas akan di berikan makanan.

Pada suatu hari beliau terasa lapar yang amat sangat, lalu beliua menanti di tepi jalan, ketika itu abu bakar melewatinya, lalu beliau menyanyakan sesuatu ayat, namum Abu Bakar tidak melayanya, kemudian lalu pula Umar, namum perkara yang sama berlaku, kemudian Nabi melihatnya, lantas memanggilnya, Abu Hurairah menjawabnya “sedia menuntut perintahmu Rasullulah” lalu di ikutinya pulang ke rumah Nabi.

Setelah sampai di dapati semangkuk susu, Nabi bertanya darimanakah susu ini, ada orang mengrimkanya untukmu, jawab ahli rumah,kemudian Nabi memerintahkan Abu Hurairah untuk memanggil ahli sufah yang lain untuk sama2 menikmatinya,,

Abu Hurairah melaksanakan perintah itu , pada masa yang sama hatinya terdetik “kalau aku panggil mereka, mereka akan ikut minum sekali susu itu tidak cukup tetapi jika aku tidak memanggilnya bererti aku tidak taat pada Rasullulah, padahal taat pada Allah dan Rasullulah adalah wajib dan aku ingin minum susu itu semua agar dapat menguatkan tubuhku”

Setelah, mereka datang Nabi memerintahkan agar Abu Hurairah memberikan manggkuk itu kepada mereka terlebih dahulu setelah selesai mangkukitu di serahkan kepada Nabi, lalu Nabi menyatakan bahawa susu itu untuk baginda dan Abu Huraiarah, lalu Nabi menyuruh agar Abu hurairah minum sehingga puas, kemudian die menberikanya kepada Baginda, tetapi bginda menyuruhnya minum sehingga beliau tidak mahu barulah Nabi minum akan susu itu

Beliau memperuntukan 1/3 malamnya untuk bertahjud, 1/3 untuk isterinya 1/3 untuk anak permpuanya

Pada zaman pemerintahan umar,beliau di lantik sebagai gabenor, semasa di Bahrain, beliau menjadi agak kaya, lalu umar memanggilnya, umar bertanya dari manakah beliau mendapatkan harta?? “hasil dari ternakan kuda dan hadiah2 yang ku perolehi” ujarnya ”serahakan hartamu kepada perbendaharaan muslimi”perintah umar, beliau mematuhinya seraya berdoa:
Ya Allah , ampunilah Amirul Mu’minin”

Kemudian umar melantiknya menjadi gabenor, tetapi beliau menolak dengan berkata”supaya kehormatanku tidak dihinakan, hartaku tidak di ambildan belakangku tidak di pukul dan aku khuatir memutuskan sesuatu tanpa pengetahuan dan mengucapkan sesuatu tanpa hikmah”

Beliau menggalakan orang agar melakukan kebaikan kepada ibu bapa, kaum muslimin sangat terhutang budi terhadap Abu hurairah kerana beliau membantu memelihara dan menyampaikan warisan berhargaRasullulah SAW iaitu hadith2 baginda. Beliau meninggal dunia pada tahun 59 hijrah ketika berusia 78 thun,,,

Semoga beliau menjadi ispirasi  kepada kita semua,,,,,,,wasalamu     (n__n)

Tuesday, February 22, 2011

siapakah Bayang-bayang Nabi,,,,,,



Assalammualaikum , salam dakwah islamiah,

Alhamdulillah bersyukur terhadap Ilahi atas izin-Nya dapat kita menghirup udara untuk terus bernafas, adakah kamu mengetahui siapakah baying-banyang Nabi?? Pasti kamu akan tertanya-tanya siapakah bayang-bayang Nabi,,

Adakah anda mengenali dan mengetahui sirah Abdullah Ibnu Abbas?? Siapakah beliau?? Mengapakah beliau di gelar bayang-bayang Nabi??

Abdullah ialah anak Abbas, anak saudara Nabi SAW. Di puterakan 3 tahun sebelum penghijrahan  muhajirin ke Madinah al-munawarah. Ibunya Lubabah binti Harith dan mahsyur dengan panggilan Ummu Fadhal.

Abdullah menyerahkan dirinya Untuk berkidmat kepada Nabi SAW. Beliau akan mengambilkan air ketika Nabi hendak berwuduk, berada di belakang Nabi semasa berjemaah dengan Nabi, menemani  Nabi SAW ketika Nabi SAW bermusafir. Kerana banyak masanya diluangkan bersama Nabi SAW, beliau merupakan sahabat yang paling berilmu dan banyak meriwayatkan hadith, kira-kira 1660 hadith telah di catit dah di sahihkan dalam sahih Bukhari dan Muslim.

Abdullah mempunyai kebijaksanaan melampaui usianya, namun hikmah itu datang dengan kebaktian dan kesungguhan mengejar ilmu pengetahuan di masa Nabi SAW masih hidup dan selepas kewafatan baginda.

Semasa baginda belum wafat, Abdullah tidak pernah meninggalkan majlis yang diadakan oleh baginda, dan beliau sentiasa mengingati apa sahaja yang di ucapakan. Setelah baginda wafat, beliau akan berusaha menemui  seberapa ramai sahabat yang mengenali Nabi lebih lama dan mempelajari apa yang diajarkan Nabi SAW, beliau akan mendapatkan 30 orang untuk mengesahkan sesuatu ilmu atau persoalan yang didapatinya.

Masrud Ibn al-Ajda mengatakan

“ apabila engkau melihat Abdullah Ibn Abbas maka engkau mengatakan dia tampan, apabila engkau berkata dengannya engkau akan mengatakan dia seorang yang fasih lidahnya, jikalau engkau berbicara ilmu dengan Ibn Abbas , maka engkau akan mengatakan bahawa dia adalah lautan ilmu”


Thursday, January 27, 2011

super Hero Islam!!!!!

assalammualaikum,,,,

kalau masih teringat akan entry lepas, saya ada mengutarakan mengenai akan menceritakan sejarah para sahabat,, alhamdulillah, dengan izin-Nya dapat saya berkongsi ilmu mengenai salah seorang tokoh yang tidak asing dalam dunia islam,,

Abu Bakar A-Siddiq!!


siapa yang tidak kenal akan Abu Bakar As-Siddiq?? khalifah pertama selepas kewafatan Baginda Rasulullah
beliau adalah antara orang yang terawal mendampingi Nabi S.A.W selepas Khadijah dan Ali.
beliau juga banyak mendorong agar Nabi SAW menjalankan dakwah secara terang-terangan,
beliau ar orang yang pertama berdakwah secara terang-terangan dan di belasah oleh kaum quraisy

siapakah yang bersama-sama dengan Nabi SAW ketika berhijrah ke madinah?? siapakah yang menemani Nabi SAW ketika berada di dalam gua Thur?? sehingga turunlah wahyu al-quran (at-taubah) yang memuji Abu bakar sebagai orang ke dua sesudah Nabi SAW yang berada di dalam gua Thur


siapakah yang berani menberi jaminan untuk menjaga Khemah Nabi SAW ketika perang Badar??

" orang yang paling berani ialah Abu Bakar. ketika di hari Badar setelah mendirikan khemah untuk kediaman Nabi SAW, kami tanyakan siapakah yang akan menjaga Nabi dalam khemah?? di saat itu tidak ada seorang pon yang menjawab melainkan Abu Bakar beliau menghunus pedangnya!! dan setiap musuh berusaha untuk mendekati tempat Nabi, Abu Bakar menghetamnya dengan pedangnya , itulah orang yang paling berani"


dewasa ini berapa ramai yang masih ingat akan peristiwa di atas?? kita asyik di suap dengan sejarah2 yang telah dicipta dan diolah oleh golongan tertentu atas dasar2 yang tertentu untuk kepentingan tertentu, kalau bukan kita siapakah lagi yang mahu membongkar sejarah dunia Islam yang terperosok di belakang sejarah2 yang telah diolah mengikut selera hawa nafsu golongan tertentu 



Abu Bakar adalah seorang tokoh islam yang di segani,

sesungguhnya beliau masuk islam sebagai seorang yang kaya raya, keturunan quaraisy yang mulia, lalu beliau menyerahkan seluruh kekayaan itu untuk kepentingan Islam dan akhirnya beliau menunggal dunia dengan tidak memiliki kekayaan apa-apa pun.

kehidupan beliau penuh dengan ibarat nasihat, ajaran dan kenangan, beliau berjaya menyusun tampok kekuatan islam. beliau membangunkan kekuatan yang amat penting untuk menjaga kepercayaan kaum muslimin dan kebesaran serta keagungan Agama Islam


 inilah peminpin yang kita mahukan, bukan macam zaman sekarang, ade agenda tersendri, sibuk menggumpulkan harta dunia, undang2 Allah di tong sampahkan, undang2 si kufur di angkat di julang!!!!
bagi memuaskan hawa nafsu serakah mereka. mereka menghalalkan apa yang di haramkan!!




ps: siapkan semua assigment dan report2 anda serta kerja2 anda yee,,,,

Wednesday, January 26, 2011

Siapa idolamu???


Assalammualaikum dan salam islamiah…..

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah , Tuhan sekalian alam, selawat dan salam pada jungjungan mulia kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, sahabatnya dan para penerusnya yang mengikuti mereka dengan baik sehingga hari kiamat.

Saya ingin menanyakan kepada saudaraku sekalian , siapakah yang menjadi idola kalian semua?? Adakah Abd Rahman Ibn auf?? Adakah Abu Ayyub Al-ansari atau Abu Darda’?? adakah idola kalian Al-Bara’ Ibn Malik Al-Ansari yang mencintai membaca Al-Quran melebihi  pekara-perkara dunia?? Adakah idola kamu ialah para sahabat  Rasulullah SAW yang  mantap keimanannya??

Kalau jawapan saudara adalah iya, maka kegusaran yang bergelumang di kotak pemikiran saya telah terurai, jika tidak maka sama-samalah kita menghayati kembali kisah-kisah para sahabat yang sama-sama dengan baginda Muhammad SAW menegakkan tauhid serta menentang thagut.


Tetapi dewasa ini, ramai diantara saudaraku yang menjadikan penyanyi, pelakon,bintang sukan dan berbagai-bagai  lagi manusia yang pada dasarnya tidak layak di gelar idola menjadi  idola kalian. Sudah tiada lagikah para sahabat serta cerdik pandai islam untuk di tualadani?? Ramai yang beranggapan bahawa golongan yang mahsyur di mata manusia sebagai idola mereka 

suatu masa dulu ada seorang pengacara yang mengatakan artis tidak layak untuk di teladani dalam kata erti yg lain x layak nak jadi public figure, sebab banyak sangat yang negative dari yg positif tentang dunia keartisan,
pastu bertubi2 pengacara nie kne paku gn kawan2 die yg x sebulu dengan die, hah,,,,

Pada entry ini, ingin saya mengetengahkan satu tajuk yang agak menarik dalam dunia Islam. Pada hemat saya, dewasa ini tidak ramai di antara kita yang menginggati  tokoh-tokoh   yang banyak memberi sumbangan kepada dunia islam pada awal perkembanganya sehinggalah islam menjadi empayar yang memayungi 2/3 dunia suatu masa dahulu.

Insya-Allah pada entry yang akan dating akan saya berkongsi serba sedikit mengenai Riwayat Para Sahabat Rasulullah SAW seperti 4 orang khalifah pertama dalam tamadun islam, abu hurairah, Ibn Abbas dan lain2 lagi di bawah label riwayat para sahabat,,,

Akhir kata, mari lah sama-sama kita menyingkap kembali lipatan sejarah islam, agar kita boleh bangkit semula menegakkan Daulah Khilafah, bkan berada di bawah telunjuk kufar yang sedang memerintah dunia sekarang yang di kepalai amerika dan konco-konconya,,,,

p/s: mereka yang berwaspada kurang sedihnya renung-renungkan,,,,