Assalammualaikum , salam dakwah islamiah,
Alhamdulillah bersyukur terhadap Ilahi atas izin-Nya dapat kita menghirup udara untuk terus bernafas, adakah kamu mengetahui siapakah baying-banyang Nabi?? Pasti kamu akan tertanya-tanya siapakah bayang-bayang Nabi,,
Adakah anda mengenali dan mengetahui sirah Abdullah Ibnu Abbas?? Siapakah beliau?? Mengapakah beliau di gelar bayang-bayang Nabi??
Abdullah ialah anak Abbas, anak saudara Nabi SAW. Di puterakan 3 tahun sebelum penghijrahan muhajirin ke Madinah al-munawarah. Ibunya Lubabah binti Harith dan mahsyur dengan panggilan Ummu Fadhal.
Abdullah menyerahkan dirinya Untuk berkidmat kepada Nabi SAW. Beliau akan mengambilkan air ketika Nabi hendak berwuduk, berada di belakang Nabi semasa berjemaah dengan Nabi, menemani Nabi SAW ketika Nabi SAW bermusafir. Kerana banyak masanya diluangkan bersama Nabi SAW, beliau merupakan sahabat yang paling berilmu dan banyak meriwayatkan hadith, kira-kira 1660 hadith telah di catit dah di sahihkan dalam sahih Bukhari dan Muslim.
Abdullah mempunyai kebijaksanaan melampaui usianya, namun hikmah itu datang dengan kebaktian dan kesungguhan mengejar ilmu pengetahuan di masa Nabi SAW masih hidup dan selepas kewafatan baginda.
Semasa baginda belum wafat, Abdullah tidak pernah meninggalkan majlis yang diadakan oleh baginda, dan beliau sentiasa mengingati apa sahaja yang di ucapakan. Setelah baginda wafat, beliau akan berusaha menemui seberapa ramai sahabat yang mengenali Nabi lebih lama dan mempelajari apa yang diajarkan Nabi SAW, beliau akan mendapatkan 30 orang untuk mengesahkan sesuatu ilmu atau persoalan yang didapatinya.
Masrud Ibn al-Ajda mengatakan
“ apabila engkau melihat Abdullah Ibn Abbas maka engkau mengatakan dia tampan, apabila engkau berkata dengannya engkau akan mengatakan dia seorang yang fasih lidahnya, jikalau engkau berbicara ilmu dengan Ibn Abbas , maka engkau akan mengatakan bahawa dia adalah lautan ilmu”
No comments:
Post a Comment