Assalammualaikum.....salam perkenalan, salam persaudaraan, salam ukhwah islamiah.

Wednesday, March 2, 2011

Abu Hurairah




An Abi Hurairata, radhiyallahu anhu, qal. Qala rasul Allahi, sallalahu wa salam

Kowrang familiar x gan ayat nie??
nie bukan watak dalam hantu mak limah ea,,,,,
Kalau sape2 yang rajin bukak sahih bukhari, akan selalu dengan ayat nie,
Kali nie aku nak share mengenai sahabat Nabi, abu  hurairah
Beliau adalah perawi hadith yang banyak meriwayatkan hadith2 yang sahih iaitu hadith yang benerr Dia memeluk islam ketika di bawah penguasaan at-taufil ibn Amr,yang menetap di lembah Tihamah di selatan semenanjung Negara arab. Nama asal nya ialah Abdu syams(hamba matahari) tetapi Rasullulah menamakannya Abdur Rahman

Beliau mendapat gelaran abu hurairah yang bermaksud bapa kucing kerana kesukaanya terhadap kucing semenjak zaman kanak2 lagi.

Abu Hurairah mempunya minda yang tajam dalam memperingati ilmu yang di perolehinya, lantas die berkhidmad untuk islam dengan meriwayatkan beribu2 hadith yang di dengarinya. Ini semua berkat doa Nabi terhadapnya,
Semasa pengawalan hidupnya beliau menjadi ahli suffah yang menyerahkan dirinya untuk beribadat kepada Allah dan tinggal dalam mesjid, lapar merupakan sebahagian dalam hidupnya. Ketika lapar beliau akan menjumpai sahabat2 atau guru2 untuk bertanyakan mengenai sesuatu ayat al-quran yang menjadi kesamaranya, lantas dia berharap agar die di pelawa untuk belajar dirmah sahabat dan guru2 lantas akan di berikan makanan.

Pada suatu hari beliau terasa lapar yang amat sangat, lalu beliua menanti di tepi jalan, ketika itu abu bakar melewatinya, lalu beliau menyanyakan sesuatu ayat, namum Abu Bakar tidak melayanya, kemudian lalu pula Umar, namum perkara yang sama berlaku, kemudian Nabi melihatnya, lantas memanggilnya, Abu Hurairah menjawabnya “sedia menuntut perintahmu Rasullulah” lalu di ikutinya pulang ke rumah Nabi.

Setelah sampai di dapati semangkuk susu, Nabi bertanya darimanakah susu ini, ada orang mengrimkanya untukmu, jawab ahli rumah,kemudian Nabi memerintahkan Abu Hurairah untuk memanggil ahli sufah yang lain untuk sama2 menikmatinya,,

Abu Hurairah melaksanakan perintah itu , pada masa yang sama hatinya terdetik “kalau aku panggil mereka, mereka akan ikut minum sekali susu itu tidak cukup tetapi jika aku tidak memanggilnya bererti aku tidak taat pada Rasullulah, padahal taat pada Allah dan Rasullulah adalah wajib dan aku ingin minum susu itu semua agar dapat menguatkan tubuhku”

Setelah, mereka datang Nabi memerintahkan agar Abu Hurairah memberikan manggkuk itu kepada mereka terlebih dahulu setelah selesai mangkukitu di serahkan kepada Nabi, lalu Nabi menyatakan bahawa susu itu untuk baginda dan Abu Huraiarah, lalu Nabi menyuruh agar Abu hurairah minum sehingga puas, kemudian die menberikanya kepada Baginda, tetapi bginda menyuruhnya minum sehingga beliau tidak mahu barulah Nabi minum akan susu itu

Beliau memperuntukan 1/3 malamnya untuk bertahjud, 1/3 untuk isterinya 1/3 untuk anak permpuanya

Pada zaman pemerintahan umar,beliau di lantik sebagai gabenor, semasa di Bahrain, beliau menjadi agak kaya, lalu umar memanggilnya, umar bertanya dari manakah beliau mendapatkan harta?? “hasil dari ternakan kuda dan hadiah2 yang ku perolehi” ujarnya ”serahakan hartamu kepada perbendaharaan muslimi”perintah umar, beliau mematuhinya seraya berdoa:
Ya Allah , ampunilah Amirul Mu’minin”

Kemudian umar melantiknya menjadi gabenor, tetapi beliau menolak dengan berkata”supaya kehormatanku tidak dihinakan, hartaku tidak di ambildan belakangku tidak di pukul dan aku khuatir memutuskan sesuatu tanpa pengetahuan dan mengucapkan sesuatu tanpa hikmah”

Beliau menggalakan orang agar melakukan kebaikan kepada ibu bapa, kaum muslimin sangat terhutang budi terhadap Abu hurairah kerana beliau membantu memelihara dan menyampaikan warisan berhargaRasullulah SAW iaitu hadith2 baginda. Beliau meninggal dunia pada tahun 59 hijrah ketika berusia 78 thun,,,

Semoga beliau menjadi ispirasi  kepada kita semua,,,,,,,wasalamu     (n__n)

No comments:

Post a Comment