Kali ini mari kiteberkongsi, mengenai salah seorang sahabat Nabi yang hebat yang bernama Muaz Ibn Jabal, sewaktu kecilnya beliau ialah anatara remaja yang mempunyai perwatakan yang menarik setiap mata yang melihatnya,,
Beliau memeluk islam di tangan Mas’ab ibn umair, Da’iyang di hantar Rasullulah untuk menjalanka usaha dakwah di yatrib sebelum hijerah. Muaz termasuk 72 orang yang yang mengadakan perjalanan k madinah untuk berbai’ah dengan nabi Allah.
Setelah Nabi berhijrah ke madinah, muaz banyak melapangkan masa bersama pesuruh Allah, dan mempelajari pelbagai hokum hakam dengan nabi sehingga beliau menjadi salah seorang sahabat yang paling berilmu dalam kalangan para sahabt.
Sampai di mana saat tatkala muaz pergi, orang ramai akan menyakan mengenai hokum persoalanyang di perselisihkan. Beliau menjadi murid yang terbaik dari guru yang terbaik. Ilmu pengetahuan membuktikan akan kebenaranya. Sehingga Nabi bersabda:
“ orang yang paling mengetahui dalam kalangan umutku dalam persoalan halal dan haram ialah muaz ibn jabal”
Salah satu jasa terbesar beliau adalah terlibat dalam usaha mengumpulkan al-quran pada zaman baginda selain itu beliau juga mejadi amir kepada para da’I yang di utuskan nabi ke Yaman. Baginda bertanya kepada muaz:
“hai muaz, dengan apakah engkau menghakimi?”
“dengan kitab Allah ” jawab muaz
“kalau engkau tidak memperolehinya melalui kitab Allah?”
“aku menghakimi dengan sunnah Rasullulah”
“kalau engkau tidak mendapatinya melalui sunah Rasullulah?”
“maka aku akan beritijihad dengan diriku sendiri” jawab muaz
Rasullulah gembira dengan jawapan muaz, lalu berkata:
“segala puji bagi Allah yang telah member petunjuk kepada utusan Rasullulah yang menggembirakan Rasullulah ”
Tetapi dewasa ini apa yang di laksanakan oleh pemimpim2 kita yang mendakwa diri mereka islam terhadap perkara seperti ini??
Semasa berpisah dengan nabi, baginda berkata:
“hai muaz, barangkali engkau tidak dapat menemuiku selepas tahun ini. Barangkali bila engkau kembali engkau hanya akan melihat mesjidku dan kuburku”
Muaz menangis. Orang2 yang turut bersamanya ikut menangis. Tiba2 perasaan sedih dan sayu menyertainya sewaktu beliau terpisah dari orang yang amat di cintai, Rasullulah.kata2 nabi itu memang benar kerana sekembalinya dari yaman, baginda telah pun wafat. Muaz menangis kerana tidak ada lagi persahabatan dengan sebaik baik manusia,,
Moral of the story jangan sakitkan hati orang sama ada di sedari mahupun tidak!!!
(x ad kene mengena grrr)
p/s: memandu kenderaan dengan mematuhi peraturan jalan raya hahaha,,,,
No comments:
Post a Comment